The Meg - Movie Review


The Meg - Movie Review

The Meg - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan aksi, seram dan sains fiksyen iaitu filem "The Meg". The Meg merupakan filem yang diadaptasi dari novel tahun 1997 iaitu 'Meg: A Novel of Deep Terror' dan dikeluarkan oleh Warner Bros Pictures. Filem ini mula ditayangkan pada 9 Ogos 2018 (Malaysia) dan telah mendapat respon yang bercampur (positif dan negetif) dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis The Meg
Filem The Meg ini mengisahkan Sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap. (Trailer The Meg)

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 53 Minit ini merupakan arahan Jon Turteltaub. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Jason Statham, Jessica McNamee, Li Bingbing dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun  (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

The Meg - Movie Review

Review The Meg
Baby Shark Doo-doo-doo! No! Ini bukan Baby Shark ya , ini satu makhluk laut yang lebih besar dari ikan paus iaitu Megalodon. Rupanya "The Meg" tu singkatan dari Megalodon , sebelum pergi menonton Momi lupa nak buat research hehe. Back to story, jalan cerita The Meg boleh dikatakan okay sahaja, tidak terlalu 'wow'. Mungkin Momi pernah menonton beberapa siri filem Jaws tetapi rasa mendebarkan itu tetap ada ya sebab ada beberapa adengan yang mengejutkan.

Filem ini pada awalnya mendatar sahaja, kemudian lepas adengan mereka diserang Megalodon, terus filem ni rasa mendebarkan sedikit. 30 minit pertama sekadar penceritaan awal sahaja. Rasanya macam boleh agak apa yang bakal berlaku seterusnya dalam filem ini. Keseluruhannya, filem ini anda boleh menonton untuk sekadar mengisi kelapangan masa.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Filem The Meg 2018 Download  | Filem The Meg 2018 Subtitle | Filem The Meg 2018  Synopsis | Filem The Meg 2018 Malay Subtitle | Filem The Meg 2018  Torrent | Review Filem The Meg 2018  | Barisan pelakon Filem The Meg 2018  |  Review Filem The Meg 2018  Bahasa Melayu | Review Filem The Meg Malay | Filem The Meg 2018 Online Streaming

Post a Comment

1 Comments

cik puan rrai said…
Kalau movie camni, mmg bagi sy jauhh lebih serammmm dari movie hantu.