Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasa nak pergi cari makanan mahupun kudapan dari kampung? Momi ingin kongsi kepada anda kedai yang menjual produk IKS Buatan Malaysia iaitu Foodmarket. Baru-baru ini Momi sempat singgah ke Foodmarket yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras untuk melihat sendiri produk dari kampung yang terdapat disitu.

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Apa Itu Foodmarket?
Foodmarket mula beroperasi sejak tahun 2016 lagi menerusi atas talian (online) dan kemudiannya dibuka pada Oktober 2017 di Bandar Sri Permaisuri, Cheras atas permintaan yang tinggi. Produk-produk yang dijual adalah produk tempatan dan juga produk dari beberapa negara. Untuk pengetahuan anda, Foodmarket ialah gudang pertama di Kuala Lumpur yang menghimpunkan produk-produk makanan tempatan dari seluruh Malaysia. Awesome kan?

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Ada lebih 300 produk daripada 40 usahawan tempatan dari pelbagai negeri ada kat sini. Rasanya anda pasti akan rambang mata melihat kesemua produk yang dijual. Antara produk yang terdapat di Foodmarket adalah seperti Sambal & Pes, Acar Buah, Ayam Penyet, Gulai, Ikan Masin, Kopi dan banyak lagi. Anda boleh layari laman web rasmi Foodmarket untuk melihat lebih banyak lagi produk.


Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Terengganu Week - 25 April - 29 April 2018
Foodmarket sentiasa memberikan yang terbaik untuk para pelanggannya. Kali ini Foodmarket akan mengadakan Terengganu Week bersempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang jatuh pada 26 April 2018. 'Event' yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 25 hingga 29 April 2018. Anda pasti akan rasa teruja dan fefeeling berada di Pasar Payang tetapi dalam susun atur yang lebih moden dan hipster.

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Bersempena minggu istimewa ini pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas dari Terengganu untuk para penggemar makanan tempatan di Kuala Lumpur. Yang pastinya makanan popular seperti keropok lekor losong, nasi dagang dan satar akan dijual nanti. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk seperti Tok Aji Serban, Krekoh Puek, Qasidah, Koleh Lemok, Bekang, Kayu Keramat dan macam macam lagi.

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Menariknya, hampir 100 jenis produk usahawan IKS dan kampung juga akan dijual hasil daripada sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta aktiviti seperti demo masakan telah diaturkan. Cabutan bertuah percutian di Terengganu juga dirancang untuk pelanggan yang bertuah. Bestnya!

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Mari memeriahkan  'Terengganu Week' di Foodmarket yang hanya boleh didapati di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Mana tahu anda rindukan makanan-makanan dari Terengganu kan? Hanya untuk 5 hari sahaja tau. Pastikan anda bergambar dan selfie kerana Foodmarket dihias indah dengan dekor yang sangat hipster dan nostalgik yang pastinya menggamit memori anda di kampung. | Foodmarket - Jom Ke Terengganu Week Di Foodmarket Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Untuk maklumat lanjut mengenai Foodmarket dan Terengganu Week , anda boleh layari laman web rasmi Foodmarket. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Foodmarket, anda boleh ikuti di Facebook dan Instagram sekarang! Selamat membeli-belah,


Post a Comment

0 Comments