Black Panther - Movie Review

Black Panther - Movie Review

Black Panther - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan aksi, drama dan fiksyen sains iaitu filem "Black Panther". Black Panther ini merupakan filem ke-18 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan dikeluarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini mula ditayangkan pada 15 Februari 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Black Panther 
Filem Black Panther ini mengisahkan selepas kejadian dalam "Captain America: Civil War", T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.  (Trailer Black Panther)
Filem yang berdurasi selama 2 Jam 15 Minit ini merupakan arahan Ryan Coogler. Ia membariskan pelakon seperti Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX dan 4DX.

Black Panther - Movie Review
Black Panther - Movie Review
Sumber : marvel.wikia.com

Review Black Panther 
Maaf sebab lewat sangat review filem ini. Okay, tengah ada peluang nak update ni, Momi nak kongsilah sikit pandangan Momi terhadap filem Black Panther ini. Semua sedia maklum yang filem ini merupakan dari Marvel Cinematic Universe (MCU), jadi pastinya Momi letak 'high-expectation' untuk Black Panther. Ternyata filem ini boleh dikatakan terbaik juga walaupun tak sampai 'wow' seperti yang diharapkan. Jalan ceritanya yang menarik cuma Momi rasa ia sedikit lambat untuk sampai ke penceritaan. Jika dibandingkan dengan filem-filem MCU, rasanya Black Panther adalah filem yang serius berbanding filem lain dan ia diselitkan dengan sedikit humor.

Apa yang movie suka dalam filem ini ialah setiap karakter yang ada dalam ini memberi impak yang baik. Momi lebih tertarik dengan karakter pengawal T'Challa, Okoye (lakonan Danai Gurira) dan Shuri (Letitia Wright) yang sangat menghidupkan filem ini. Karakter utama pula, T'Challa (Chadwick Boseman) kelihatan serius sangat , oh mungkin in-character kot hehe. Karakter antagonis dilakonkan dengan baik sekali oleh Erik Killmonger sebagai N'Jadaka. | Black Panther - Movie Review

Cerita pasal senimatografinya pula memang terbaik. Lagi-lagi masa adengan masa pertabalan raja baru Wakanda. Serius cantik gila. Bab aksi filem ini penuh dengan aksi, jangan risau hehe. Satu lagi yang menarik perhatian Momi ialah design costume yang ditonjolkan dalam filem ini semuanya cantik-cantik. Sampai viral juga baju ala kurta yang T'Challa pakai tu hehe.

Keseluruhannya, sebuah filem yang filem yang baik dan menarik untuk ditonton. Dengarnya filem ini telah mencecah kutipan Box-Office lebih dari $900 Juta (Worldwide). Wah tahniah! Okay gais, get ready untuk filem Marvel yang seterusnya yang akan ditayangkan pada 26 April 2017 iaitu filem "Avengers : Infinity War". Tak sabarnya!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Black Panther 2018 Download  | Black Panther 2018 Subtitle | Black Panther 2018  Synopsis | Black Panther 2018  Malay Subtitle | Black Panther 2018  Torrent | Review filemBlack Panther  2018  | Barisan pelakon Black Panther 2018  |  Review filem Black Panther 2018  Bahasa Melayu | Review Black Panther 2018  Malay | Black Panther 2018  Online Streaming

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Kena pergi tengok ni... Star rate momi bagi pun tinggi tu