Surf This Love : Gelora Juara - Movie Review

by - 2/12/2018 05:25:00 pm

Surf This Love : Gelora Juara - Movie Review + Malam Gala & Tayangan Perdana Di E-Curve, Damansara

Surf This Love : Gelora Juara - Movie Review  | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan drama dan cinta iaitu filem "Surf This Love : Gelora Juara". Surf This Love : Gelora Juara adalah sebuah filem melayu pertama yang memfokuskan sukan luncur air dan dihasilkan oleh GSR Production. Filem ini mula ditayangkan pada 22 Februari 2018.

Pada 19 Februari 2018, telah berlangsungnya majlis Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Surf This Love : Gelora Juara di mmCineplexes E-Curve Damansara. Majlis disambut meriah dengan kehadiran pengarah, pelakon, krew serta media. Apa yang bestnya filem ini ? Jom sambung baca.

Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara
Mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya sebagai seorang pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Kehadiran seorang blogger wanita dari Kuala Lumpur iaitu Mia, yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang.  (Trailer Surf This Love : Gelora Juara)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 43 Minit ini merupakan arahan Waan Hafiz. Ia membariskan pelakon seperti Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Poster Rasmi Surf This Love : Gelora Juara

Review Surf This Love : Gelora Juara
Surf This Love? Mengenai apa ya? Itu yang menjadi persoalan sebelum menonton filem ini. Jalan cerita yang santai dan menghiburkan cuma perjalanan cerita sedikit lambat. Filem ini diselamatkan dengan humor jadi filem ini tidak bosan dan Momi boleh ikut perjalanan ceritanya. Membariskan pelakon-pelakon yang best terutamanya Syukri Yahaya, Pekin, Cristina Suzaane, Josiah Hogan buat mewarnai filem ini dengan baik.

Pemilihan Shukri Yahaya sebagai Billie sangat sesuai. Rasanya ini pertama kali melihat Shukri Yahaya membawa watak nakal dan kelakar. Bila muncul adengan Billie memang sangat kecoh dan kebanyakkan humor dari watak Billie. Lagi best 'chemistry' antara watak Billie dan kakaknya, Siti memang sangat baik. Rasa macam adik-beradik betul mereka ni hehe.  | Surf This Love : Gelora Juara - Movie Review 

Plot cerita pula sedikit susah untuk difahami sebab banyak adengan 'flashback' dan ada antara kisah yang tidak diceritakan atau mungkin Momi terlepas pandang.  Bab senimatografi pula, nampak baik dengan keindahan Pulau Tioman.

Keseluruhannya, sebuah filem yang menghiburkan dan santai. Percubaan yang baik  untuk industri filem kita. Momi mengharapkan lebih aksi sukan luncur air berbanding drama dan cinta dari filem ini. Pemilihan pelakon memang best dah cuma jalan ceritanya sedikit lambat. Anda yang inginkan kelainan, boleh tonton filem ini dipawagam berhampiran.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG
Poster Surf This Love : Gelora Juara 2018 Download | Surf This Love : Gelora Juara 2018  Subtitle | Surf This Love : Gelora Juara 2018  Synopsis | Surf This Love : Gelora Juara 2018  Malay Subtitle | Surf This Love : Gelora Juara 2018  Torrent | Review filem Surf This Love : Gelora Juara 2018  | Barisan pelakon Surf This Love : Gelora Juara 2018  |  Review filem Surf This Love : Gelora Juara 2018  Bahasa Melayu | Review Surf This Love : Gelora Juara 2018  Malay |  Surf This Love : Gelora Juara 2018  Online Streaming

You May Also Like

1 comments

  1. Kalau tengok trailer macam more to drama je.. tak banyak aksi surf,... kalau bnyak aksi surf mesti best..

    ReplyDelete