Maze Runner : The Death Cure - Movie Review

by - 1/28/2018 02:35:00 am

Maze Runner : The Death Cure - Movie Review


Maze Runner : The Death Cure - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan sains dan fiksyen iaitu filem "Maze Runner : The Death Cure". Maze Runner : The Death Cure adalah sebuah filem ketiga dari siri 'The Maze Runner' (2014) dan dikeluarkan oleh 20th Century Fox. Filem ini mula ditayangkan pada 25 Januari 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Maze Runner : The Death Cure
Sambungan dari kisah dari filem Maze Runner : The Scorch Trials, Thomas dan kumpulan Gladersnya telah memecah masuk ke Last City, iaitu labyrinth yang dikawal oleh WKCD yang rupa-rupanya merupakan `maze` paling berbahaya, demi menyelamatkan rakan mereka. Mereka yang berjaya keluar hidup-hidup akan mendapat jawapan terhadap semua persoalan sejak mereka tiba di sana.  (Trailer Maze Runner : The Death Cure)
Filem yang berdurasi selama 2 Jam 21 Minit ini merupakan arahan Wes Ball. Ia membariskan pelakon seperti Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

Maze Runner : The Death Cure - Movie Review
Poster Maze Runner : The Death Cure - Movie Review
Photo Credit to comingsoon.net

Review Maze Runner : The Death Cure
Filem yang paling dinantikan untuk 2018, selepas setahun ditunda. Momi mengikuti siri filem ini dari filem pertama dan kedua. Filem ketiga, Maze Runner : The Death Cure bagi Momi tidak terlalu wow sangat. Mujurlah ada selit sedikit humor jadi filem ini tidak terlalu bosan untuk ditonton. Momi tidak kata ia bosan cuma mungkin expectation terlalu tinggi. Yang bestnya banyak adengan aksi yang anda boleh saksikan.

Memandangkan ini filem terakhir buat siri Maze Runner, rasa macam 'reunion' pon ada juga lepas jumpa beberapa karakter dari filem sebelumnya. Filem ini lebih memfokuskan bagaimana Thomas dan rakan-rakan menyelamatkan Minho yang ditangkap penghujung Scorch Trials. Oh ya, ada beberapa adengan yang buat Momi rasa sebak, lagi-lagi ada kematian dua karakter penting dalam filem ini. | Maze Runner : The Death Cure

Keseluruhannya, sebuah filem yang menghiburkan dan boleh dikatakan okay untuk filem terakhir siri The Maze Runner ini. Rasanya filem pertama dan kedua ada jalan cerita yang kuat dan best. Momi masih mengharap team Maze Runner akan buat filem prekuel untuk siri ini.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Maze Runner : The Death Cure 2018 Download |Maze Runner : The Death Cure 2018  Subtitle |Maze Runner : The Death Cure 2018  Synopsis | Maze Runner : The Death Cure 2018  Malay Subtitle | Maze Runner : The Death Cure 2018  Torrent | Review filem Maze Runner : The Death Cure 2018  | Barisan pelakonMaze Runner : The Death Cure 2018  |  Review filem Maze Runner : The Death Cure 2018  Bahasa Melayu | ReviewMaze Runner : The Death Cure 2018  Malay |  Maze Runner : The Death Cure 2018  Online Streaming

You May Also Like

2 comments

  1. 4/5 bintang? Not bad. Tak sabar nak tengok. I've been following the previous sequels and quite sad that this would be the last one. Hmmmm, curious rasanya siapa la dua karakter yang mati tu. Jeng jeng jeng!

    Thanks for sharing your review, Momi.

    ReplyDelete
  2. Dah tengokk, best......ada jugak adegan lari lari....dan kelakar jugak..hehee

    ReplyDelete