Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

by - 1/02/2018 08:55:00 pm

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !


Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illhai, dengan limpah kurnianya Momi masih lagi bernafas. Tanggal 31 Disember 2017 (Ahad) , Momi masuk 26 Tahun! Yeay. Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Tahun ni hari lahir Momi bertemakan "Happy Mominions Day!" dimana baju Minions yang sering anda nampak di Facebook dan Instagram Momi. Tahun lepas, Momi ke Port Dickson sambut bersama Ara Kimora, tahun ini Momi sambut Birthday bersama rakan Blogger.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sehari sebelum hari lahir Momi, Momi bersama Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Dik Bee ke Muzium Negara untuk ke pameran "Kartun & Kita" yang sedang berlangsung. Selepas itu, kami terus ke Nilai untuk ke kedai Kak Laila dan menikmati Mee Udang dan Air Kelapa Lemon Laici yang sememangnya awesome teruk! hehe. Kemudian kami ke event LAMPU dekat Putrajaya untuk meluangkan masa disini. Turut ada bersama Fuad, Fauzi Aryaan dan Umairah. Malam tu tersekat dalam Jem dari 10.45 sampai 12.00 lebih haha. Redha dengar Amir nyanyi lagu 'Birthday' kahkah.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

31 Disember 2017 (Ahad). Seronok menerima pelbagai ucapan dari rakan-rakan. Hanya melayari internet seperti biasa. Kemudian pada petangnya, Bamir (Amir Nawawi) buat kejutan dekat Momi. Dia bagi surprise cake dekat Momi (walaupun ia roti haha). Apa yang menariknya, Amir bagi lilin yang digunakan kalau tak letrik ataupon nak lekatkan plastik hahaa. Memang luar kotaklah Bamir ni hehe. Terima kasih banyak-banyak weh! Terima kasih juga buat Mawardi dan Hasif sebab nyanyikan lagu Birthday dekat Momi. | Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sambutan kali ini sederhana, kalau tak selalu Momi akan beli kek besar dan makan puas-puas sampai kenyang. Terima kasih atas ucapan rakan-rakan dan Followers Momi, semoga semuanya dimurahkan rezeki ya. Akhir kata, Momi rasa sangat gembira sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat sweet dan baik. Rasa nak 'hug' semua hehe. Unofficially-nya Momi dah 27 tahun untuk 2018. Doakan yang terbaik untuk Momi ya!

p/s : I love you guys! 


You May Also Like

3 comments

  1. Awak, tak sedap ke saya nyanyi wak?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..biar sanbutan kecil dan sederhana tapi ianya menjadi sangat besar dan mewah bila insan-insan yang menyayangi dan disayangi ada di sisi...

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday momi! Happy new year~

    ReplyDelete