Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

Star Wars: The Last Jedi - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem aksi dan pengembaraan iaitu filem "Star Wars: The Last Jedi". Filem ini adalah filem kelapan (8) dalam siri Star Wars. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 14 Disember 2017 dan telah mendapat komen yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Star Wars: The Last Jedi
Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.  (Trailer Star Wars: The Last Jedi 2017)
Filem yang berdurasi selama 2 Jam 32 Minit ini merupakan arahan Rian Johnson. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Carrie Fisher, Adam Driver dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Star Wars: The Last Jedi - Movie Review
Star Wars: The Last Jedi Poster
Photo credit to comingsoon.net

Review Star Wars: The Last Jedi
So, it's a sequel dari filem sebelumnya "Star Wars : The Force Awaken" (2015). Rasanya Momi adalah peminat baru untuk siri filem Star Wars walaupun tak pernah tengok enam filem sebelum ini. Untuk filem ini, Momi boleh katakan ia sangat menarik berbanding filem sebelumnya. Kali ini lebih menarik mungkin kerana faktor dah mula kenal beberapa karakter utama. Oh ya, Momi lupa filem ini juga turut selitkan humor, yang menjadikan ia lebih awesome!

Pertempuran di angkasa masih lagi berterusan walaupun Rey dalam misi untuk memujuk Luke Skywalker dimana beliau adalah 'The Last Jedi'. Terdapat banyak plot twist dalam filem ini yang pasti buat anda rasa terkejut. Paling penting, Momi suka adengan dimana Rey dan Kylo Ren bersatu untuk melawan musuh (walaupun sekejap). Satu lagi, masa bahagian ending dimana First Order dan Resistance bertempur habis-habisan. Serius mengujakan ! | Star Wars: The Last Jedi - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton, dan anda WAJIB pergi tengok sebab ia penuh dengan aksi dan kali ini lagi awesome! Untuk pengetahuan anda, filem Star Wars Ke-9 telah diumumkan tayangannya pada 20 Disember 2019 ! Selain itu, ada sebuah filem antologi mengenai Han Solo yang berjudul "Solo : A Star Wars Story" yang bakal ditayangkan pada Mei 2018. Dekat dah tu! hehe.

p/s : Jangan tunggu sampai post end credit. haha


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Star Wars: The Last Jedi 2017 Download | Star Wars: The Last Jedi 2017 2017 Subtitle | Star Wars: The Last Jedi 2017 Synopsis |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Malay Subtitle |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Torrent | Review filem  Star Wars: The Last Jedi 2017 | Barisan pelakon  Star Wars: The Last Jedi 2017 |  Review filem  Star Wars: The Last Jedi 2017 Bahasa Melayu | Review  Star Wars: The Last Jedi 2017 Malay |  Star Wars: The Last Jedi 2017 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments