Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review

Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review

Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review  | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi pendek dari filem Frozen (2013) iaitu filem "Olaf's Frozen Adventures". Filem pendek ini merupakan filem pendek kedua dalam franchise Frozen iaitu "Frozen Fever" (Ditayangkan bersama filem "Cinderella" (2015)). Filem pendek ini ditayangkan bersama filem "Coco" pada 23 November 2017. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Olaf's Frozen Adventures
Filem pendek ini mengisahkan tentang Olaf dan Sven mencari tradisi keluarga untuk Elsa dan Anna disemua pelusuk Arendelle. Memandangkan ini Krismas pertama Elsa dan Anna bersama selepas beberapa tahun tidak sambut, Elsa dan Anna mencari apakah tradisi keluarga mereka semasa Krismas. Mampukah Olaf mengumpul kesemua tradisi Krismas untuk Elsa dan Anna? Filem yang berdurasi selama 21 Minit ini merupakan arahan Kevin Deters dan Stevie Wermers. Ia membariskan pelakon suara seperti Josh Gad, Kristen Bell, Idina Menzel dan Jonathan Groffi.  (Trailer Olaf's Frozen Adventures)
Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Review
Olaf's Frozen Adventures - Short Movie Poster
Poster credit to comingsoon.net

Review Olaf's Frozen Adventure
Love it! Love it! Love it! Walaupun filem pendek, rasanya 21 minit itu sangat berbaloi bagi Momi sebab dapat melihat moments geng Frozen. Jalan ceritanya yang mudah dan sangat kelakar.  Yang menariknya ia ketengahkan watak Olaf dan menjadikan filem pendek ini sangat comel untuk ditonton. Lihat sahaja gelagat Olaf yang pasti mencuit hati anda.

Keseluruhannya, bagi Momi filem pendek ini menarik untuk ditonton. Sudah pasti ia menarik kerana Momi suka tengok filem muzikal dan Momi memang peminat filem Frozen hehe. Anak-anak pasti suka dengan kehadiran Olaf, Elsa, Anna, Sven dan Kristoff dalam filem pendek ini.  Tahukah anda, filem Frozen 2 akan ditayangkan pada November 2019 dan mengembalikan kesemua pelakon suara dari filem pertamanya. Serius awesome!

p/s : 2019 please cepat sikit! hehe


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Coco Movie 2017 Download | Coco Movie 2017 Subtitle | Coco Movie Synopsis |  Coco Movie 2017 Malay Subtitle | Coco Movie 2017 Torrent | Review filem Coco Movie 2017 | Barisan pelakon Coco Movie 2017 |  Review filem Coco Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Coco Movie 2017 Malay |  Coco Movie 2017 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments