Coco - Movie Review

by - 12/20/2017 12:01:00 pm

Coco - Movie Review

Coco - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi, pengembaraan dan fantasi iaitu filem "Coco". Coco merupakan filem ke-19 dalam senarai filem Pixar. Filem ini mula ditayangkan pada 23 November 2017 dan telah mendapat review yang sangat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Coco
Filem yang menelan belanja hampir $200 juta ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya. (Trailer Coco)
Filem yang berdurasi selama 2 Jam 7 Minit ini merupakan arahan Lee Unkrich. Ia membariskan pelakon suara seperti Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Coco - Movie Review
Coco - Movie Poster
Poster Credit to comingsoon.net

Review Coco
Coco? Apa yang istimewanya tentang filem Coco. Setakat ini semua filem animasi Disney yang Momi pernah tengok tidak mengecewakan. Termasuk juga filem "Coco" ini. Sebuah filem animasi yang padat dengan mesej kekeluargaan yang pasti akan buat anda rasa sebak. Siapa tak kuat tu sila sediakan tisu ya hehe.

Momi suka adengan dimana Miguel secara tidak sengaja masuk ke alam roh bertemu dengan moyang-moyangnya yang sememangnya bencikan muzik sejak dahulu lagi. Pengembaraan Miguel lebih menarik bersama Hector untuk mencari Ernesto de la Cruz. Tidak lupa, ada adengan muzikal yang sangat awesome yang buat Momi enjoy sepanjang menonton filem ini. Oh ya, terdapat plot twist yang sangat menarik dan mengejutkan anda.  Coco - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton sebab ia menonjolkan semangat kekeluargaan dan semangat untuk buat sesuatu yang kita mahukan. Memang sangat berbaloi jika anda menonton filem Coco ini dekat wayang bersama keluarga terutamanya anak-anak. Apa filem animasi Disney tahun hadapan? Incredibles 2 dan Wreck-It-Raplh 2 menanti anda tahun 2018! Siapa teruja?!

p/s : Sebelum mula movie, ada Olaf's Frozen Adventure. Best !


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Coco Movie 2017 Download | Coco Movie 2017 Subtitle | Coco Movie Synopsis |  Coco Movie 2017 Malay Subtitle | Coco Movie 2017 Torrent | Review filem Coco Movie 2017 | Barisan pelakon Coco Movie 2017 |  Review filem Coco Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Coco Movie 2017 Malay |  Coco Movie 2017 Online Streaming

You May Also Like

5 comments

  1. wow... 5/5 mesti kena tgk cam tu

    ReplyDelete
  2. Yang ni, tak tengok lagi.

    hoho

    ReplyDelete
  3. last week tengok dengan anak-anak. mterbaik filem ni. walaupun sekadar animasi, tapi berjaya menyentuh jiwa..nak nak sbg seorang ayah. Lagu Remember Me tu best ok!

    ReplyDelete
  4. Kak Ti dah tengok filem Coco ni.. Memang best.. Sarat dengan mesej tentang kekeluargaan..

    ReplyDelete
  5. nak lagi spoiler alert meh baca kat blog aku. tapi filem pun dah habis tayang. hehehe. Coco terbaik.

    ReplyDelete