Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem pengembaraan dan fantasi iaitu filem "Jumanji : Welcome To The Jungle". Filem ini adalah filem sekuel standalone dari filem "Jumanji" (1995). Filem ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2017 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Jumanji : Welcome To The Jungle
Filem  yang menelan belanja lebih $USD 90 juta mengisahkan tentang empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu. (Trailer Jumanji : Welcome To The Jungle)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini merupakan arahan Jake Kasdan. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review
Poster credit to comingsoon.net

Review Jumanji : Welcome To The Jungle
First impression of all tentang filem ini ialah "Awesome!". Selepas melihat trailer dah rasa teruja apatah lagi selepas menonton. Sememangnya puas hati dengan filem Jumanji : Welcome To The Jungle . Bagi Momi antara filem yang terbaik juga untuk tahun 2017. Jalan cerita yang menarik dan dicampur dengan 'humor' yang super duper banyak.

Momi suka idea dimana peralihan zaman berlaku dalam Jumanji, remaja dah tak heran dengan permainan seperti Jumanji sebaliknya lebih gemar bermain permainan video. Buat Momi tertanya bagaimana jika Jumanji berleluasa di Internet? Okay, sambung-sambung pembukaan yang sedikit lambat, (mungkin sebab tak sabar nak tunggu mereka masuk alam Jumanji) tapi tidak lama lepas tu terus menarik! Sememangnya mendebarkan juga untuk tahu apa yang akan mereka lalui sebab Jumanji memang unexpected.

Satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah kesemua karakter dapat avatar masing-masing bersama kelebihan dan kelemahan mereka. Lagi-lagi watak "Bethany" (lakonan Madison Iseman) dimana beliau telah memilih "Professor Selden Shelly Oberon" (lakonan Jack Black) sebagai avatar-nya yang pasti buat anda tak kering gusi. Sebenarnya kesemua karakter dalam dunia Jumanji buat anda rasa geli hati dengan karakter masing-masing. Memang release tension!   Jumanji : Welcome To The Jungle - Movie Review

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini sangat menarik untuk ditonton, dan Momi syorkan anda pergi tengok sebab ia penuh gelak ketawa dan aksi yang menarik. Buat masa ini tiada lagi pengumuman mengenai sekuel sebab ini mungkin filem ini tiada sambungan. In the future, harap ada lagi filem yang menghiburkan seperti ini.

p/s : psstt... tak rugi tengok.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Download | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 2017 Subtitle | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Synopsis |  Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Malay Subtitle | Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Torrent | Review filem Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 | Barisan pelakon Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 |  Review filem Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Bahasa Melayu | Review Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Malay |  Jumanji : Welcome To The Jungle 2017 Online Streaming

Post a Comment

1 Comments

Cik Roxa said…
nak tengok tapi ntah bila lah dapat tengok agaknye... tunggu keluar tv jgk la agaknya