Justice League - Movie Review


Justice League - Movie Review

Justice League - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem superhero iaitu filem "Justice League". Filem ini adalah filem pertama yang menggabungkan lima peneraju utama; iaitu Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan Flash dalam satu filem. Filem ini telah mula ditayangkan sejak 16 November 2017 dan telah mendapat komen yang baik dan juga kurang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Justice League
Filem Justice League yang berdurasi selama 2 Jam ini mengisahkan tentang Batman dan Wonder Woman bekerjasama untuk merekrut satu pasukan untuk melawan musuh jahat, Steppenwolf yang berusaha untuk membangkitkan semula Mother Box. Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg dan Flash bersatu untuk menyelamatkan dunia. Dapatkah mereka menentang Steppenwolf dari menghidupkan semula Mother Box? (Trailer Justice League 2017)
Filem yang menelan belanja sebanyak RM 300 juta ini merupakan arahan Zack Synder. Ia membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX

Justice League - Movie Review
Justice League - Movie Poster

Review Justice League
Good new start. Promosinya sangat wow, it's like poster filem ada dimana-mana. Bagi Momi filem ini lebih baik dari Batman V Superman yang ditayangkan tahun lepas. Menggabungkan enam superhero ini buat ramai yang rasa teruja nak tengok. Jalan ceritanya boleh dikatakan menarik juga walaupun sedikit lambat, mungkin faktor memperkenalkan beberapa watak utama. Ingatkan filem ini akan berterusan serius, tapi i'm glad mereka menyelitkan sedikit humor supaya cerita tak bosan.

Watak antagonisnya pula menarik perhatian dengan kejahatan dan kezalimannya untuk mendapatkan Mother Box. Cuma rasa macam tak puas tengok adengan berlawan sebab orang jahat seperti mudah untuk ditumpaskan. oh ya lupa slogan filem ini "You Can't Save The World Alone", means bila bersatu jadi power. Kalau susah nak ditumpaskan mungkin jadi lebih 'awesome' hehe. | Justice League - Movie Review

Nak tak nak, Momi nak juga mention. Masa Bruce Wayne jumpa Barry / The Flash, keluar lagu kumpulan K-pop kegemaran Momi iaitu BLACKPINK. Kemunculan lagu "AS IF IT'S YOUR LAST" dalam masa seminit macamtu buat Momi teruja. Sebelum menonton, ramai dah heboh yang kemunculan muzik video BLACKPINK ada dalam filem ini hehe.

Keseluruhannya, bagi Momi filem ini menarik untuk ditonton, not bad-lah untuk filem pertama geng Justice League. Untuk pengetahuan anda, filem dalam DC Extended Universe seterusnya, "Aqua Man" akan ditayangkan pada Disember 2018, "Shazam!" (April 2019), "Wonder Woman 2" (November 2019), "Cyborg" (April 2020) dan Green Lantern Corps (Julai 2020). Selain itu, DC juga bakal mengeluarkan filem-filem berkaitan Justice League seperti "Bat Girl", "Suicide Squad 2" dan banyak lagi.

p/s : pssstt.. ada dua end-credit.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Justice League 2017 Download | Justice League 2017 Subtitle | Justice League 2017 Synopsis | Justice League 2017 Malay Subtitle | Justice League 2017 Torrent | Review filemJustice League 2017 | Barisan pelakon Justice League 2017 |  Review filem Justice League 2017 Bahasa Melayu | Review Justice League 2017 Malay 

Post a Comment

0 Comments