• Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif


    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Expo Negaraku 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahukah anda bermula 15 November sehingga 15 Disember 2017 berlangsungnya Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger berpeluang untuk turut serta menjadi sebahagian dari pengujung Expo Negaraku untuk mengetahui informasi terkini mengenai projek Negara. 

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Expo Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Menariknya, kesemua informasi tersebut dipamerkan dalam bentuk interaktif dan informatif. Anda pasti akan teruja melihat, mendengar dan merasai sendiri pelbagai kemudahan yang disediakan. Bagi Momi satu kelainan untuk menarik ramai lagi rakyat Malaysia datang ke Expo Negaraku.

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Tarikan utama di Expo Negaraku ini ialah 5 buah kubah yang diinspirasikan dari 5 Rukun Negara yang merupakan janji dan ikrar kita kepada negara. Setiap kubah mempunyai keunikan dan ciri yang berbeza, jom zoom sikit : 

    Kubah 1 : Tuah Dikongsi Bersama
    Untuk permulaaan pengembaraan, anda akan masuk melalui Kubah 1 yang menayangkan video yang menyelami kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Dengan skrin besar, anda merasai seperti menonton wayang dan paling best sebab ia sejuk! hehe. 

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Kubah 2 : Kemudahan Infrastruktur
    Selesai di Kubah 1, kita beralih ke Kubah 2 yang paling Momi suka. Sebab dekat Kubah kedua ini anda akan rasai sendiri segala kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dari jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Rasailah sendiri kemudahan-kemudahan ini dengan cara yang berbeza. Wajib masuk tau! hehe.

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Kubah 3 : Kehidupan & Kesejahteraan
    Kubah ketiga pula melihat sendiri testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjana pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Dekat sini anda akan jumpa telefon yang lama dan baru. Selain itu, ada juga sesi mewarna , sesuai untuk kanak-kanak.

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Kubah 4 : Gaya Hidup Malaysia
    Kubah keempat pula, anda akan melihat panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Memang best yang kereta kabel tu. Satu lagi ada sesi bergambar beramai-ramai sambil menari tau dan anda boleh tengok semula gambar anda di www.exponegaraku.com.my. Tengok la bagaimana Momi dan kawan-kawan pose sambil menari tu. hehehee. 

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Kubah 5 : Masa Depan Gemilang
    Kubah terakhir (kubah lima) pula membawa anda menyaksikan paparan visual 360 Darjah mengenai masa hadapan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia. Ada rezeki dapat baring atas bantal atau duduk dekat kerusi sambil menonton. Memang awesome gais !

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Rancang elok-elok kalau nak ke Expo Negaraku ini sebab ada pelbagai cara untuk anda kesini menggunakan kereta api. Oh ya, siapa nak naik GRAB ada promo kod disediakan sepanjang expo ini berlangsung, sila guna kod "EXPONEGARAKU17" tau dapat RM5 off untuk 2 perjalanan.

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Jika anda lapar jangan risau sebab dekat sebelah Expo ada disediakan Makan-Makan Expo Negaraku. Banyak pilihan makanan tau. Selain itu, terdapat juga acara-acara sampingan seperti Kesihatan dan Kesejahteraan, Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan serta Aktiviti & Permainan untuk anda sertai. 

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Untuk mereka yang datang dari jauh untuk ke Expo Negaraku, anda boleh pilih hotel yang ada promo iaitu Grand Millenium,Kuala Lumpur, Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, StarPoints Hotel Kuala Lumpur, Fraser Place Kuala Lumpur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Transit Kuala Lumpur dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU. Ada diskaun gais!

    Expo Negaraku 2017 | Informasi Mengenai Projek Negara Dalam Bentuk Interaktif & Informatif

    Haaa. menarik tak? Pasti buat anda rasa teruja tau. Untuk pengetahuan anda, MASUK ADALAH PERCUMA ! Anda boleh masuk seberapa banyak kali yang anda mahu hehe. Pastikan beratur elok-elok ya, jangan tolak-tolak tau. Expo Negaraku ini dibuka setiap hari selama sebulan bermula 15 November 2017 sehingga 15 Disember 2017. Jom datang beramai-ramai :)


    Untuk maklumat lanjut mengenai Expo Negaraku, sila ke : 



  • You might also like

    16 comments:

    1. huihhh...dah lama dah dgr pasal ekspo ni tapi belum berkesempatan lagi nak kesana...suka baca review pasal kubah 5 tuu...excited pulak nak tau!

      ReplyDelete
    2. Bagus ekspo negaraku ni. Boleh tau lebih mendalam tentang Malaysia. Banyak kubah berasingan info senang untuk kita fokus

      ReplyDelete
    3. banyak dah orang bercerita pasla expo ni tapi i still takde chance nak pergi lagi

      ReplyDelete
    4. Ramai dah orang cerita pasal expo ni.. cuma nak pergi tu yang krik krik.. dengan anak yang semakin membesar, semua dia nak teroka.. hehe.. nanti kejap2 je dah ayahnya ajak balik..

      ReplyDelete
    5. Menarik juga Expo Negaraku ni. Teringin nak tengok paparan visual 360 darjah tu. Mesti teruja kan?

      ReplyDelete
    6. Tak sempat lagi nak ke sana. Nk gi la sekali. Cambest je kubah kubah tu. Interesting!

      ReplyDelete
    7. Bestnya datang sni. Sis plan nak bwk anal dtg sni lah. Mesti dia suka. menarik pulak tu.

      ReplyDelete
    8. Menarik sangat expo ni. Harap sempat singgah bile turun kl ni. Nak tengok sendiri depan mata.

      ReplyDelete
    9. Would love to pay a visit before it ends.

      ReplyDelete
    10. Nampak menarik ekspo ni. Dpt macam-macam info. Kalau dekat mesti dah singgah.

      ReplyDelete
    11. Done baca mengenak kubah... Expo nampak meriah

      ReplyDelete
    12. too bad it's in KL! otherwise i would like to have a visit there!

      ReplyDelete
    13. Bestnya . Walaupun tak berpeluang ak pegi sana , entri ni membantu penuh berinfomasi

      ReplyDelete
    14. kena bawa anak-anak nanti ni..biar diorg kenal siapa PM tersayang dan hasil-hasil di bawah kepimpinannya haha

      ReplyDelete
    15. Kubah 2 tu macam best lah Momi.
      Tren tu simulasi je ke, real tu?

      ReplyDelete
    16. walaupun duduk dekat di KL masih belum berkesempatan nak pergi sini :(

      ReplyDelete