'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

by - 11/02/2017 10:19:00 pm

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Penginapan 3 Hari 2 Malam - De Palma Eco Resort Kuala Selangor | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger menyertai Media Trip dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Tahukah anda, ada beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Selangor? Entri kali ini nak bawa anda mengenali De Palma Eco Resort Kuala Selangor dan tempat-tempat yang menarik di sekitarnya. 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Mengenai De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan resort percutian yang penuh ketenangan, pastinya akan membawa anda ke dunia yang berbeza. De Palma Eco Resort Kuala Selangor terletak di pusat bandar Kuala Selangor. Ia juga beberapa minit dari Bukit Malawati bersejarah yang mempunyai rumah api dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British dahulu kala.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Bilik di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Sebanyak 48 chalet dan 12 vila yang boleh disewa. Kesemua bilik dan vila dilengkapi dengan penghawa dingin, TV plasma, bar mini di suite dan telefon. Selain itu, Al-Quran, sejadah dan buku islamik turut disediakan di dalam bilik. Bestnya De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga mempunyai sebuah surau dimana mempunyai Imam dan bilal tetap untuk menyempurnakan setiap waktu solat wajib.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Momi bersama rakan Blogger Mawardi Yunus menginap di bilik Duluxe (Triple Sharing) yang ada tiga katil. Harga bilik tersebut ialah RM295.00++. Jom tengok macam mana bilik yang kami menginap :

Superior (Single/Twin) 
RM275.00++

Duluxe (Triple Sharing)
RM295.00++

Junior Suite (Family Room)
RM355.00++

Dara Suite
RM380.00++

Anjung Suite
RM390.00++

Malawati Suite 
RM365.00++

Superior Villa
RM305.00++

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kemudahan Yang Disediakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Anda pasti akan rasa berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan yang disediakan di De Palma Eco Resort Kuala Selangor, seperti Kolam Renang, Kemudahan Wi-Fi percuma, Perkhidmatan dobi, Bilik-bilik mesyuarat / jamuan, Keselamatan 24 jam, Bilik-bilik. Perkhidmatan Shuttle dan City Tour (atas permintaan). 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Setiap hotel tidak lengkap tanpa restoran. Dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor menyediakan Rumbia Restaurant untuk mengisi perut lapar anda. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa. Dibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Restoran ini menyediakan masakan tempatan dan juga masakan barat.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Aktiviti Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Bukan sahaja penginapan yang tenang dan aman damai, dekat De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti kecerdasan untuk anda. Antara aktiviti kecerdasan tersebut ialah zumba, menunggang kuda, berbasikal, badminton, bola tampar, Jungle Trekking, Tele-match dan Team Building. De Palma Eco Resort Kuala Selangor sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk kursus dan team building.

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Zumba

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Menunggang Kuda

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Tele-match 

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Team Building

Lokasi Berdekatan Yang Boleh Dilawati Sekitar De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh anda kunjungi selain dari aktiviti di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Antaranya seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kg. Kuantan, Sasaran (Skymirror), dan Pasar Basah & Kering Pasir Penambang. Boleh dikatakan tempat yang selalu dikunjungi sekitar Kuala Selangor para pelancong.

Bukit Malawati

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
 
'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Sasaran (Skymirror)

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

'Back To Nature' di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Alamat De Palma Eco Resort Kuala Selangor
De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Jalan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon De Palma Eco Resort Kuala Selangor
+603-3289 7070

Email
info@depalmahotel.com


You May Also Like

15 comments

  1. Bestnya la. Uargh, kalau dapat duduk dengan u guys. Mesti meriah tempat ni. Berpatutan harga kan. Rate paling tinggu pun RM305 something. Sesuai la untuk family getaway since ada banyak aktiviti boleh buat sekitar situ.

    Paling best buat outdoor activity tu. So nice!

    ReplyDelete
  2. Bestnya dear Palma. Cantik Dan selesa

    ReplyDelete
  3. Hahaha posing tu yang mahal tu..

    ReplyDelete
  4. Seronok kan..rasa x cukup 3 hari 2 malam kat sini...momi kalau ada trip lagi bg tau akak tau..akak nak join lagi..seronok pi trip ada momi and kawan2 yg lain

    ReplyDelete
  5. Walau di mana, posing angkat kaki tu tetap hak milik Momi - sesuai di mana jua apa jua ketika. Chaiyok Momi!

    ReplyDelete
  6. Suasana kampung yg menarik .kawasan lawatan yang seronok dan menggembirakan bagi kanak-kanak .tempat yang best untuk berehat

    ReplyDelete
  7. Wahhh. Gambar awak semuanya macam model. Ada gaya. Nice sebab letakkan harga bilik tu sekali. Seronok jugak ye datang sini. Pernah sekali je ke Bukit Melawati. Mirror Beach tu masuk wishlist!

    ReplyDelete
  8. Dah lama teringin nak ke Sky Mirror tu tapi asyik ada halangan je, kalau tak hari tu dah gi gan korang. Nampak gaya kena gi sendiri dan duduk kat De Palma tu

    ReplyDelete
  9. Hehehehe ingat yang dua ekor duduk kat meriam tu kawan u oll waakaka tapi kat sini kita pernah pergi dan memang menarik. Tapi De Palma tu tak pernah duduk memang macam best lak tengok cantik...

    ReplyDelete
  10. Bestnya aktiviti kat sana. Rugi tak dapat join. Sob3

    Harga pun not bad, tak mahal sangat. Mesti best kalau nuat family day atau team building kat sini

    ReplyDelete
  11. seems like a nice place. good to be back to natural

    ReplyDelete
  12. Best gila! Suka sgt resort yg chalet style ni

    ReplyDelete
  13. Memang menarik lokasi De Palma Eco Resort, Kuala Selangor. Sesuai datang dengan family, xpun kawan2. Banyak aktiviti yang boleh buat sambil bercuti. Yang paling best sky mirror.

    ReplyDelete
  14. Banyak juga rupanya tempat yang menarik di kuala selangor! Ingatkan area kuala selangor takde apa apa! hehe. Seronok tgk korang pergi sana.

    ReplyDelete
  15. Menarik tempatnya.... Walaupun dekat je dengan rumah, tapi xdapat nk join dengan korang semua.

    ReplyDelete