Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum & Salam Sejahter gais ! Anda pernah bermalam secara glamping? Tahukah anda dekat Lost World of Tambun ada pakej glamping yang bertemakan "A Five Billion Star Experience" (Pengalaman Lima Billion Bintang). Ia pasti merupakan pengalaman yang menarik untuk anda berglamping bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Baru-baru ini, Momi bersama rakan blogger diberi peluang untuk merasai suasana Glamping di Lost World Of Tambun selama 2 hari 1 Malam.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Lokasi Glamping di Lost World Of Tambun ini terletak di dalam taman tema yang berlokasi di Lost World Adventure Park, berdekatan dengan landmark batu "Needle of Tambun" dan kawasan Lost World Tin Valley. Kami dijemput dari pintu masuk Lost World Of Tambun dengan menaiki Buggy yang disediakan khas. Ada lebih dari 5 buah khemah yang terletak dikawasan yang berteduh dibawah pokok dan sebuah khemah ditempatkan diatas boat.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Pertama kali masuk dalam khemah Glamping ini rasa terpegun sebab ada katil saiz Queen dan tilam dia memang empuk macam dalam hotel. Khemah ini boleh memuatkan lebih dari 4 orang dengan dengan tambahan 2 katil single. Boleh dikatakan memang tidur dengan nyenyak diatas tilam empuk tu. | Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun

Dah nama pon glamping, haruslah manja-manja sikit sebab disediakan 2 buah kipas untuk keselesaan anda dalam khemah. Selain itu, jika anda ingin charge bateri phone atau kamera, power socket juga turut disediakan (lagi best kalau bawak plug extention sendiri). Menariknya, diluar khemah disediakan tempayan dan 'batuk' untuk memudahkan anda basuh kaki sebelum masuk ke dalam khemah.

Glamping Di Lost World Of Tambun

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Kalau bab tandas pula, kini Lost World Of Tambun menyediakan tandas yang lebih selesa untuk mereka yang menginap di Glamping. Tandas dan tempat mandi dekat sini memang cantik dan serba baru. Memang selesa nak mandi, ada shower panas dan sejuk mengikut keselesaan anda.  Malam tu kami sempat bersantai-santai depan 'Camp Fire' sambil berborak selepas kepenatan beraktiviti sewaktu pagi sehingga malam.

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Tarikan Di Lost World Of Tambun
Memandangkan kami dah bermalam selama semalam di sini, rugilah jika tak mencuba tarikan-tarikan yang ada di sini sebab harga yang dibayar untuk Glamping ini termasuk tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari. Menarik kan? Antara aktiviti menarik di Lost World Of Tambun ialah Lost World Hotspring, Lost World Tin Valley, Lost World Water Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Amusement Park dan banyak lagi. Untuk penerangan mengenai tarikan di Lost World Of Tambun, akan diupdate kemudian. 

Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak

Harga Glamping di Lost World Of Tambun 2017

4 pax (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) - RM588
Pakej termasuk : 
- 1 King Bed , 2 Single Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 4 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari - 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak (bernilai RM452)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas

2 pax (2 Dewasa) - RM438
Pakej termasuk : 
- 1 King Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 2 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk - 2 Dewasa 2 Hari (bernilai RM 240)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas

Tambahan untuk orang ke-3 (Dewasa atau Kanak-Kanak) - Bermula RM105
Pakej termasuk : 
- Single Bed
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari 

Untuk maklumat lanjut mengenai Glamping dan Taman Tema di Lost World of Tambun, sila layari : 

No. Telefon : 
05-5408801/02

Email :
lwhreservation@sunway.com.my

Terima kasih Lost World of Tambun !

40 Comments

  1. Wow... Menarik... Cantik sangat tempat... Macam Admin rasa nak pegi je..

    ReplyDelete
  2. nak pergi lagi la lepas ni. berbaloi dengan boleh masuk taman tema sekali kan

    ReplyDelete
  3. Pengalaman pertama Glamping masa kat Tanah Aina. Memang syiok. Lepas ni nak cuba kat sini pulak lah.

    ReplyDelete
  4. Muat ker duduk 4 orang satu bilik tu hehehehe.. tapi khemah tu besar luas cuma mandi kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tandas disediakan uols hihi. already mention diatas :D

      Delete
  5. Best nye! Memang ade plan nak ke sana..mayb end of this year la yeayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy. make sure amek pakej glamping ni tau hihi :)

      Delete
  6. Woww, best nya, first time akak dengar glamping ni, yang akak tau camping ja zaman muda remaja dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tu lah. Glamping ni pon saya dengar last year. memang best hehe

      Delete
  7. ooo best la..i nak try with my fren also.....nature best la!

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa... Tak sabar nak rasa sendiri pengalaman ni. Harga pun taklah mahal untuk famili! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu adik. memang best. harga pon berbaloi :D

      Delete
  9. Wow..bestnya..teringin nk camping tpi nak ada kipas bagai..so kena glamping la gayanya kan...
    Bwk anak2 try ni pun best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis, glamping ada semuanya hehe.
      Bawaklah family ke sini, berbaloi. :)

      Delete
  10. Adeh, memancing sungguh bunyinya nie.. Nanti nak pergi honeymoon berdua la dekat sini he...23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaa sangat kan. pergilah honeymoon sini bro hehehe

      Delete
  11. murah jugak kalau rm500 utk 4 org. mesti sejuk je bangun pagi sbb tido dlm khemah, nasib baik ada tilam

    ReplyDelete
  12. amboi murahnyaaa bestnya.nanti ika nak try Glamping di Lost World Tambun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang murah. bawak family berbaloi sgt :)

      Delete
  13. Baca blog ni, tengok Tomomi je. Comel betul. Gambar pun Comel. Hahaha. Harga mampu milik eh. Nanti bleh plan trip dengan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih kak. haah memang berbaloi :)

      Delete
  14. momi! glamping...... rindu weiiii nak bermalam kat sana lagi, next time kita kena gather lagi ni...ehem! watermark ditengah alam, good! onie pun nak buat gitu la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye onie. Tk puas duduk semalam ni hahha. Ye onie kita dah prktikkan baru bru ini. Hahah

      Delete
  15. Bestnya! Harga pun berbaloi utk pakej family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye yaya. Nanti baby dah besar sikit boleh la pergi hihi

      Delete
  16. Mmg pengalaman yg sgt menarik dpt mcm ni.. mmg harganya pun berbaloi. Tempat pun nampak selamat.. best :)

    ReplyDelete
  17. Salam, nak tanye, sesuai tak bawak anak umur 2 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. in sha Allah sesuai untuk dibawa tapi kena selalu tengok-tengokkan dia hehe

      Delete
  18. wah ..menarik juga,

    kalau ada geng kamceng memang happening sangat tu..

    harga pun amat berpatutan untuk bersantai-santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pergi dengan kawan sekepala. memang happening sangat hehe

      Delete
  19. Saya akan pegi next week saya ambik package 4 adult 2 child , nak Tanya awak haritu check in kul brp? Agak2 kalau sampai kul 10 bleh terus check in ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi under blogger, masuk awal sikit. Waktu check in ialah 2.00 petang dan check out 12.00 Tengah hari. untuk kepastian boleh contact pihak LWOT -

      No. Telefon : 05-5408801/02
      Email :lwhreservation@sunway.com.my

      Delete
  20. Saya mampu tgk je org lain masuk lost world ni. Tak pernah sekali pun masuk...tak mampu. Anak anak yg nak sgt masuk sini cuma dpt tgk tembok je ... Hahaha....

    Mungkin lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke abang. In shaa Allah, one day mesti pergi. saya pon first time pergi ni hehe

      Delete
Previous Post Next Post