Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi memang peminat ayam goreng malah hampir setiap hari dalam menu mesti ada ayam. Rasanya tak lengkap kalau tak cuba ayam kampung untuk juadah makan tengah hari. Baru-baru ini Momi berkesempatan merasai Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Bagaimana keenakan rasanya?

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome telah membuka cawangannya yang baru di D'pulze Cyberjaya dengan nama Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Menariknya, restoran ini dibuka dibahagian luar D'pulze dan ianya dahulu merupakan tapak parkir VIP. Jadi memang senang anda nak jumpa sebab betul-betul depan pintu masuk dan laluan parkir. Bagi anda yang merokok atau sukakan suasana hangat, jangan risau restoran ini menyediakan ruang tertutup (berhawa dingin) dan ruang terbuka.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Cerita bab makanan pula, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium menyajikan hidangan yang panas-panas terus ke meja anda. Antara hidangan utama mereka ialah Set Nasi Ayam Kampung dan Set Nasi Ayam Kampung Butter yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan. Momi sempat merasa Set Nasi Ayam Kampung Butter sebab rasa macam kelainan sikit dan ternyata memang sedap sehingga licin satu set tu hehehe.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Selain itu, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini juga turut menghidangkan dalam set seperti set sarapan pagi, menu western dan menu ala carte. Antara hidangan lain yang mendapat sambutan para pelanggan ialah 'Satay Ayam Kampung', 'Gulai Kawah Daging Tetel', 'Pucuk Ubi Masak Lemak', 'Siput Sedut Masak Lemak', 'Ikan Bakar Tilapia' dan 'Ikan Bakar Keli'. Kalau bab air pula, anda kena cuba air Buah Naga dan air Durian Belanda . Memang segar.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Promosi Istimewa Bulan Ogos 2017
Sepanjang bulan Ogos 2017 ini Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium mengadakan promosi potongan 50% diberikan kepada pelanggan restoran yang memesan menu set yang berharga RM10 dan ke atas. Contohnya set menu Nasi Ayam Kampung Goreng berharga RM12.90 pada hari biasa, anda boleh dapat pada harga RM6.50 sahaja. Make sure datang awal ya promosi ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari. Sepanjang Ogos sahaja ya!

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Berita baik buat brader & sisturs, pelajar-pelajar yang singgah makan di sini boleh dapatkan potongan sebanyak 10% bagi menu yang dipesan. Hanya bawa kad pelajar dan tunjuk sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter pembayaran. Bestnyaaa!

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Waktu Operasi Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome 

10.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari)

Alamat Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome

Lot EX-GW-01
D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya

Telefon : 010-3003077

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium - Keenakkan Ayam Kampung Velodrome di Dpulze Cyberjaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome, sila layari : 


Terima kasih Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium!

30 Comments

  1. Aiyoo sedapnya nampak ayam tu!! lapar jadinya kita pagi2 ni. Nama dia pun mengancam! Membuat adrenalin mengalir laju gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. hehe.
      kemain la adrenalin bagai tu haha

      Delete
  2. ayam kampung tu favorite kot! boleh la ajak islam datang sini nanti. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ok...akak tgh xde aelera sbb demam..tgok gambar makanan ni semua especially ayam kg tu...terus rasa lapar...bahaya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke. hehee. betul tu, tgk ayam kampung goreng tu terus sihat hihi.
      btw, get well soon kak :)

      Delete
  4. Ayoiii ayam kampung memang menarik terbaik lah nanti boleh belanja kita kat sini ok tak awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye uolss. jom la makan. saya belanja dan awak bayar . tak gitu. eh ahahah

      Delete
  5. Ayam kampung ni kalau masak dengan betul senang makan tak liat . Tak banyak restoran yg ada menu ayam kampung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul . Ayam dia sangat lembut dan senang nak makan :)

      Delete
  6. Nasi ayam kampung butter tu buat saya kempunan lah! Haha. Sedapnya... Bila nak sampai sini ni! 😍

    ReplyDelete
  7. So tempting to try it esp the ayam & satay, just that cyberjaya a bit far for me ...Cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Dibuka 10 pagi hgga 10.30 malam kut kan? Maybe ada error kut sbb u tulis 10 pgi hgga 10.30 pagi juga..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah ...dugaan tengok ayam kampung goreng malam2 hujan2 ni... huwaaaa mana nak carik ni kat Penang niii haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sis. hihi. tapi memang best ayam kampung dia. :)

      Delete
  10. Wowww siput sedut tue.. my fav setiap masa... Ayam kampung pun apa kurangnya

    ReplyDelete
  11. Alamak.. sedapnya ayam kampung tu.. dah la tengah ada diskaun pulak tu...

    ReplyDelete
  12. Laparr wehh.. Teringin makan ayam lps tgk entri bro. Sate tu pun meliurkan 😭😭😁

    ReplyDelete
  13. memang tengok pun dah nampak sedap..nyum nyum

    ReplyDelete
  14. Akak suka ayam kampong, chewy2 gitu, tu sate ayam kampong jugak ke dik?

    ReplyDelete
  15. Bestnya, kalau inginkan rasa masakan ala Pahang jom baca ni http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe best.
      wah menarik tu. thanks sebab share ya :)

      Delete
Previous Post Next Post