KLP48 yang semakin dikenali di Malaysia dan tahun ini sangat aktif muncul buat persembahan di EXPO dan juga event-event. Sempena Ulangtahun ke-20 AKB48, salah seorang anggota KLP48 terpilih untuk dikut serta dalam single terbaru mereka "Oh My Pumpkin!". Single tersebut juga menampilkan 4 bekas anggota AKB48 dan anggota dari sister group serata dunia. Untuk Entri kali ini, MOMI nak kongsikan kepada anda sebuah lagu dari KLP48 yang berjudul "Oh My Pumpkin!" yang sudahpun boleh anda dengar di platfrom streaming bermula 13 Ogos 2025. | Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin!
![]() |
| Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! |
Penglibatan Dalam Penghasilan Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)
Lagu Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) ini merupakan hasil ciptaan oleh Urashima Kenta, ShinQ sebagai komposer, manakala Winnie Liew dan QE Lim adalah komposer serta susunan muzik versi KLP48. Lirik pula ditulis oleh Akimoto Yasushi dan perterjemahan versi KLP48 oleh Fara Dolhadi. Ia dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming oleh 48 Entertainment Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, lagu ini adalah lagu nyanyian semula (cover) dari kumpulan AKB48 yang juga meriliskan single dengan tajuk yang sama pada 13 Ogos 2025. Selain itu, versi bahasa antarabangsa juga turut diriliskan dalam pelbagai bahasa yang dinyanyikan oleh sister group AKB48 iaitu bahasa Indonesia (JKT48), bahasa Thailand (BNK48 & CGM48), bahasa tagalog (MNL48) dan banyak lagi.
Anda Juga Boleh Baca > Senarai Lagu Melayu Ogos 2025
Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)
Berikut adalah Info ringkas serta lirik lagu Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) yang dinyanyikan oleh KLP48 :
Info Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)
Komposer : Urashima Kenta, ShinQ
Penulis Lirik : Akimoto Yasushi
Lirik Terjemahan : Fara Dolhadi
Produser : Akimoto Yasushi
℗ 48 Entertainment Sdn Bhd
Lirik Lagu Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)
Aww!
Hangat Yang Menyengat Dari Jalan Tar
Bak Roti Dibakar Di Pembakar
Ku Kayuh Basikal Ini
Sekuat-Kuat Hati
Peluh Mencurah Tak Henti-Henti
Woo Woo Woo Woo
Masa Cuti Musim Panas, Amat Panjang
Kau Tak Dapat Ku Melihat
Mari Menuju-Hai Ke Kolam Renang Awam
Ku Mahu Melompat Ke Dalam
Jatuh Cinta Terhadap Seseorang
Tiba-Tiba Dah Musim Panas
Apa Ku Buat
Dengan Rasa Ini
Oh My Pumpkin
Disitu Ku Lihat, Sayangku Pumpkin
Tak Sangka Dirimu Kan Berenang Disini
Aku Kekaguman Terkesima Terpesona
Cahaya Menyinari Mata
Oh My Pumpkin
Pujaan Hatiku, Pandanglah Diriku
Bolehlah Kita Saling Berkenal-Kenalan
Walau Seketika Dan Saling Melambai Mesra
Betapa Ku Impikan Itu
Kesana Sini Kanak-Kanak Bermain
Dengan Air Dan Menjirus-Jirus
Aku Pun Kebudakan Dan Menjadi Serius
Tentu Tak Ku Kalah Terhapus
Sungguh Pun Ku Berada Dalam Kolam
Tak Dapat Mendinginkan Perasaan
Ayuh.. Selisih Denganku
You're My Pumpkin
Dekat Tapi Jauh Dirimu Pumpkin
Detak Jantung Di Dadaku Kian Ketara
Di Sana Bertuala Dengan Teman-Temannya
Bersembang Dia Di Tepi Kolam
You're My Pumpkin
Kau Yang Aku Idam, Idam Dalam Diam,
Aku Gembira Hanya Dengan Melihatmu
Satu Hari Nanti
Kan Ku Kenang Saat Ini
Musim Yang Terhangat Sekali
Oh My Pumpkin
Disitu Ku Lihat, Sayangku Pumpkin
Tak Sangka Dirimu Kan Berenang Disini
Aku Kekaguman Terkesima Terpesona
Cahaya Menyinari Mata
Oh My Pumpkin
Pujaan Hatiku, Pandanglah Diriku
Bolehlah Kita Saling Berkenal-Kenalan
Walau Seketika Dan Saling Melambai Mesra
Betapa Ku Impikan Itu
Engkaulah Sayangku Pumpkin!
Dengar Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)
Lagu dari KLP48, Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 13 Ogos 2025.
Carian : Lagu Baru Melayu 2024 | Single KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) | Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) Mp3 | Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) Download | Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) Mp3 | Lirik Lagu KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.) | Kod Gitar KLP48 - Oh My Pumpkin! (KLP48 Ver.)


0 Comments