War for the Planet of the Apes - Movie Review

17:53:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

War for the Planet of the Apes - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem Aksi, Drama dan Sains Fiksyen iaitu filem 'War for the Planet of the Apes'. Filem ini merupakan sekuel (filem ketiga) dari siri filem Apes.  Filem 'War for the Planet of the Apes' ini telah mula ditayangkan sejak 13 Julai 2017 dan telah mendapat pujian di kalangan penonton. Mampukah Beruk menakluki dunia? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

Sinopsis War for the Planet of the Apes
Filem War for the Planet of the Apes yang berdurasi selama 2 Jam 23 Minit ini mengisahkan tentang konflik di antara Caesar serta rakan beruknya dan tentera manusia yang diketuai oleh Kolonel yang kejam. Caesar yang bergelut dengan naluri gelapnya memulakan misi untuk membalas dendam selepas mereka kehilangan banyak nyawa dalam konflik itu. Caesar kemudian mendapati dirinya bersemuka dengan Kolonel dalam satu pertempuran epik, yang akan menentukan bukan sahaja nasib kedua-dua spesis, tetapi juga masa depan planet Bumi. - sumber : cinema.com.my (Trailer War For The Planet Of The Apes 2017)

War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

Filem yang menelan belanja hampir $260 juta ini merupakan arahan Matt Reeves dan membariskan pelakon seperti Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D dan 2D ATMOS. Setakat ini (17 Julai 2017), Filem War for the Planet of the Apes telah mengutip sebanyak $102.5 juta. (5 hari selepas tayangan) | War for the Planet of the Apes - Movie Review

War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

Review War for the Planet of the Apes
Sejujurnya Momi dah tak berapa ingat filem apes ni pasal apa, sebab filem pertama tengok lepastu filem kedua terus skip, tiba-tiba tengok pula filem ketiga ini. Filem ini memang takde dalam list nak tengok, memandangkan sebenarnya nak tengok filem lain tapi sebab dah sampai panggung wayang takkan nak balik kan? haha.

War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

Perjalanan filem ini pada awalnya perlahan sedikit tapi makin lama makin menarik dan penuh mendebarkan. Disamping itu, anda juga dihidangkan dengan adengan menyentuh hati dan juga sedikit humor yang pastinya tidak akan buat anda bosan semasa menonton. Penuh tanda tanya sebab tak tengok prekuel sebelum ini, takde masa nak mengantuk sebab fokus menonton dari mula hingga akhir. Satu pujian buat filem ini bila tengok pergerakan beruk-beruk sangat 'smooth'. Terdapat beberapa adengan aksi dan lebih kepada semangat kekeluargaan. | War for the Planet of the Apes - Movie Review

War for the Planet of the Apes - Movie Review
War for the Planet of the Apes - Movie Review
photo crediti to comingsoon.net

Penampilan dua watak semasa pengembaraan Caesar bersama rakan-rakan iaitu 'Nova' (lakonan Amiah Miller ) dan 'Bad Ape' (lakonan Steve Zahn) menghidupkan lagi filem ini. Bad Ape sangat menghiburkan lagi-lagi bila dia boleh bercakap dan antonasi suaranya manakala Nova kelihatan sangat comel dan baik, dan satu-satunya manusia yang baik dalam filem ini hehe. 

Keseluruhannya, sebuah filem yang 'cantik' dan wajib ditonton dekat panggung wayang untuk dapatkan feel gitu. Untuk pengetahuan anda, filem ini bakal ada sekuel tapi belum lagi dapat pengesahan rasmi dari 20th Century Fox. Harap-harap adalah ye :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG
Poster War for the Planet of the Apes 2017 Download | War for the Planet of the Apes 2017 Subtitle | Sinopsis War for the Planet of the Apes 2017 Synopsis | Poster War for the Planet of the Apes 2017 Review | War for the Planet of the Apes 2017 Malay Subtitle | War for the Planet of the Apes 2017 Torrent | Review filem War for the Planet of the Apes 2017 | Barisan pelakon War for the Planet of the Apes 2017 |  Review filem War for the Planet of the Apes 2017 Bahasa Melayu | Review War for the Planet of the Apes 2017 Malay 

2 comments:

  1. Suka beruk uniqlo tu. Hahahaha

    Tengok movie ni without any expectation. Turned out, it was a good movie.

    Berbaloi tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha beruk uniqlo tu kelakar hahahaa. betull
      sangat berbaloi :)

      Delete