Power Rangers - Movie Review

23:08:00 Rafzan Tomomi 4 Comments

Power Rangers - Movie Review Malay

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang diadaptasi dari siri popular iaitu filem 'Power Rangers'. Momi rasa, semua orang rasa teruja nak tengok watak yang pernah kita tengok masa zaman kanak-kanak dulu. Filem ini telah mendapat pandangan positif dan juga negetif dikalangan penontonnya. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Power Rangers - Movie Review Malay

Sinopsis Power Rangers
Filem 'Power Rangers' yang berdurasi 2 Jam 4 Minit ini mengisahkan tentang lima pelajar sekolah tinggi berada dalam kelas tahanan. Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers. (Trailer Power Rangers 2017)

Filem yang bergenrekan aksi dan sains fiksyen ini merupakan arahan Dean Isrealite dan dibintangi oleh Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D & 2D Atmos.

Power Rangers - Movie Review Malay

Momi Review's
'Power Rangers' berjaya mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Kalau dulu, memang teruja nak tengok Power Rangers, tengok mereka bertukar menjadi megazord. Untuk filem terbaru ini, Momi rasa jalan ceritanya sedikit lambat sebab nak perkenalkan watak-watak utama Power Rangers tapi ia masih sebuah filem yang baik dan menarik untuk ditonton.

Momi rasa ramai yang membandingkan antara Power Rangers dulu dan sekarang. Yep! Zaman dah berubah, jadi costume juga sudah berubah. Costume Power Rangers nampak lebih gah dari yang dulu, cuma masa bertukar tu terlalu cepat dan ramai penonton rasa tak lengkap kalau tak tengok adengan tu hehe. Bukan itu sahaja, cara menumpaskan watak antagonis macam terlalu mudah, mungkin lebih susah lebih awesome kot haha.

Keseluruhannya, filem yang memuaskan dan menarik untuk ditonton. 2 minggu lepas, Momi sengaja update beri 5 bintang untuk filem 'Power Rangers' ini, ternyata lebih kepada negetif review dan beberapa orang menyokong filem ini best. Maaf ya gais, saja kacau ! hehe

Dengarnya ada lagi lima ke tujuh sekuel akan dibuat tapi tarikh tayangan belum lagi diumumkan dan dibincangkan. Harap-harap sekuel nanti lebih banyak penambahbaikan, jadi mesti penonton tak sabar nak tengok hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG

Poster Power Rangers 2017 Download | Power Rangers 2017 Subtitle | Sinopsis Power Rangers 2017 Synopsis | Poster Power Rangers 2017 Review | Power Rangers 2017 Malay Subtitle | Power Rangers 2017 Torrent | Review filem Power Rangers2017 | Barisan pelakon Power Rangers 2017 |  Review filem Power Rangers 2017 Bahasa Melayu | Review Power Rangers 2017 Malay |

**all photos credit to comingsoon.net

4 comments:

  1. Sedikit kecewa sebab adegan "It's Morphin' Time" tu tak macam adegan Power Rangers dulu-dulu...HAHA

    Megazord pun tak tunjuk cara dia bergabung...adehhh...tapi tak sabar nak tunggu sekuel...Tommy Oliver...yeahhh....HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES. I feel you hahaha... maybe diorang learn from mistake untuk filem seterusnya hehe

      Delete