Fast & Furious 8 - Movie Review



Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem aksi dari siri filem 'Fast & Furious' iaitu filem 'Fast And Furious 8'. Yes! Dominic Toretto kembali lagi untuk filem ke-8nya. Filem 'Fast And Furious 8' atau 'The Fate Of The Furiousini telah ditayangkan mulai 13 April 2017 dan telah mendapat pandangan yang positif dan negatif (bercampur) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)



Sinopsis Fast And Furious 8
Filem Fast And Furious 8 yang berdurasi selama 2 Jam 16 Minit ini mengisahkan tentang Dom dan Letty sedang berbulan madu, dan Brian dan Mia bersara dari dunia penuh bahaya, kehidupan Dom dan rakan-rakan lain yang merupakan `keluarga`nya mula normal. Bagaimanapun masalah timbul apabila seorang wanita misteri menggoda Dom ke dunia jenayah, membuatkan Dom mengkhianati mereka yang dekat dengannya. (Trailer Fast And Furious 8 2017)

Filem yang bergenrekan aksi dan jenayah ini merupakan arahan F. Gary Gray dan membariskan pelakon yang hebat seperti Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 18 tahun keatas (18) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.


Momi Review's
Awesome! Sememangnya sebuah filem yang awesome sebab padat dengan aksi, humor dan kekeluargaan. Selepas menonton Fast & Furious 7 (2015), memang menanti untuk sambungan ini. Jalan ceritanya yang dah boleh diagak tetapi masih ada adengan yang buat anda 'surprise' gitu.

Paling menarik dalam Fast & Furious 8 ini ialah adengan kereta persis zombie yang ternyata memang sangat 'cool'. Terasa macam tengok filem 'World War Z' (2013) dimana zombie mengejar manusia dengan pantasnya. Adengan tu memang Momi ingat sampai sekarang.


Selepas menonton keseluruhan filem, ternyata Momi rasa puas hati dan rasa nak menonton lagi ni walaupun ia dapat 'mixed' (positif dan negetif) review. Memang sangat enjoy ketika menonton sampai tepuk tangan haha. Rasanya anda juga akan berpuas hati selepas penonton. Jom serang panggung wayang.

p/s : Filem ke-9 dan ke-10 dijangka akan ditayangan pada April 2019 dan April 2021.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster Fast & Furious 8 2017 Download | Fast & Furious 8 2017 Subtitle | Sinopsis Fast & Furious 8  2017 Synopsis | PosterFast & Furious 8  2017 Review | Fast & Furious 8  2017 Malay Subtitle | Fast & Furious 8 2017 Torrent | Review filem Fast & Furious 8 2017 | Barisan pelakon Fast & Furious 8 2017 |  Review filem TFast & Furious 8 2017 Bahasa Melayu | Review Fast & Furious 8 2017 Malay |

Post a Comment

1 Comments

Unknown said…
I can't wait to watch this movie! :D