Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

by - 4/08/2017 12:56:00 pm

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bulan Ramadan hampir tiba, jadi mesti anda tak sabar nak cari buffet ramadhan untuk berbuka puasa nanti. Apa kata anda berbuka puasa di IMPERIAL CHAKRI PLACE dan IMPERIAL CHAKRI PLACE PAVILION, Kuala Lumpur bermula 30 Mei 2017. Dengan berkonsepkan "Tantalizing Tastes of Thailand", anda bakal menikmati hidangan dari Thailand dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut.


Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place
Terdapat lebih 50 jenis pilihan makanan yang bakal dihidangkan di IMPERIAL CHAKRI PLACE. Antara hidangan yang anda wajib cuba di IMPERIAL CHAKRI PLACE ialah "Thai Mango Salad" dan "Thai Papaya Salad". Selain itu, anda juga wajib cuba hidangan pembuka selera dengan 7 bahan iaitu "Mieng Kam" yang sememangnya terkenal di Thailand. Tidak lupa, anda juga wajib cuba makanan signature lain seperti "Samosa", "Crispy Thai Spring Rolls", "Thai Crispy Fried Noodles" dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Seterusnya, yang menjadi tumpuan ialah hidangan utama seperti "Lamb in Thai Green Curry" (Kambing Kari Hijau Thai) , "Prawn with Butter Sauce topped with Salted Egg" (Udang Bersama Sos Mentega dan Telur Masin), "Stir Fried Squid with Salted Egg" (Sotong Goreng Dengan Telur Masin) , "Tomyam Seafood", "Beef with Black Pepper Sauce" (Daging Masak Lada Hitam) dan "Fish with Sweet & Spicy Sauce" (Ikan Masak Manis & Pedas). Tidak dilupakan, beberapa makanan pilihan orang Malaysia juga termasuk dalam buffet ramadhan ini termasuk "Rendang Daging Tok", "Masak Lemak Gulai Daging", "Ayam Kapitan" dan "Nasi Beriani".

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Menariknya, IMPERIAL CHAKRI PLACE turut menghidangkan "Chicken and Beef Satay" (Satay Ayam dan Daging), "Ikan Bakar" dan "Tom Yam Noodles" yang membuatkan anda rasa nak cuba. Tidak dilupakan, hidangan pencuci mulut yang terkenal di Thailand, seperti Red Ruby Waterchestnut, "Thai Mango Sticky Rice" (Pulut Mangga) dan juga pencuci mulut seperti kuih-muih melayu, bubur jagung & pisang dan pelbagai hidangan lain.

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Harga Buffet Ramadan 2017 Di IMPERIAL CHAKRI PLACE
Buffet Ramadhan 2017 di IMPERIAL CHAKRI PLACE KLCCIMPERIAL CHAKRI PLACE PAVILION“Tantalizing Tastes of Thailand” akan bermula pada 30 Mei 2017. IMPERIAL CHAKRI PLACE akan menyediakan tiga menu berbeza dan akan bergilir setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Dibuka bermula 7.00 Malam dan seterusnya. Harga Buffet Ramadhan IMPERIAL CHAKRI PLACE ialah RM95.90++(KLCC) & RM85.90++ (Pavilion) untuk DEWASA, manakala RM49.90++ (KLCC) & RM42.90++ (Pavilion) untuk kanak-kanak (berumur 6-10 Tahun) dan warga emas (> 60 Tahun). Kanak-kanak bawah 6 tahun makan secara PERCUMA.

Buffet Ramadhan 2017 - Buka Puasa Selera Thai Di Imperial Chakri Place

Early Bird Offer! 
Jom tempah awal untuk berbuka puasa di IMPERIAL CHAKRI PLACE!

👉🏻Beli Sebelum 30 Mei 2017 pada harga RM75.90++ (Dewasa) (KLCC)  
👉🏻Beli Sebelum 30 Mei 2017 pada harga RM65.90++ (Dewasa) (Pavilion)

** Pesanan minimum 4 Orang 
** Tawaran sah digunakan untuk tempoh dari 10 April 2017 sehingga 30 Mei 2017.
** Tempahan berkumpulan - BELI 5 PERCUMA 1

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 23827788 (KLCC & 03 21431141(Pavilion) atau 016 2277182 atau email ke marketing@chakri.com.my atau layari berbuka.chakri.com.my. Selamat Berbuka Puasa !


Terima Kasih IMPERIAL CHAKRI PLACE !

You May Also Like

2 comments

  1. terliurnya tengok Pulut Mangga tuh momi. dah lama tak makan.

    ReplyDelete