Beauty And The Beast - Movie Review


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem muzikal live-action dari Disney iaitu 'Beauty And The Beast'. Filem ini sepatutnya ditayangkan bermula 16 Mac 2017, tetapi atas sebab tertentu filem ini telah direview semula dan akhirnya ditayangkan mulai 30 Mac 2017. Filem ini telah mendapat review yang positif dikalangan penontonnya. Best ke tak?   (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)


Sinopsis Beauty And The Beast
Filem 'Beauty And The Beast' yang berdurasi 2 Jam 10 Minit ini mengisahkan tentang Belle, seorang gadis yang cantik dan Beast, seorang putera yang telah disumpah menjadi binatang. Perkenalan mereka terjadi selepas Belle cuba menyelamatkan ayahnya yang menjadi tawanan Beast. Belle telah berkenalan dengan pekerja istana (yang turut disumpah menjadi objek yang terdapat didalam istana tersebut). Para pekerja istana berharap Belle adalah gadis yang mampu memulihkan keadaan seperti sediakala. (Trailer Beauty And The Beast 2017)

Filem bergenrekan muzikal live-action ini merupakan arahan Bill Condon dan sehingga 4 April 2017, filem ini letak mencecah kutipan sebanyak 876 Juta Dollar dalam masa 2 minggu. Filem ini dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D.


Momi Review's
First impression untuk filem ini memang berjaya mencuri hati Momi. Jalan ceritanya hampir sama dengan filem animasinya cuma penceritaannya Momi rasa lebih jelas dan 'hidup'. Apa yang menariknya filem ini ialah ia masih mengekalkan muzikalnya. Rasa macam nak join menyanyi sama pon ada, fefeeling Belle gitu haha. Momi tertarik dengan watak-watak yang disumpah menjadi barang antik, nampak lebih hidup dan menyeronokkan haha.

Anda pasti akan terpesona dengan kecantikan Belle (Emma Watson) lagi-lagi bila dia tengah senyum. Pemilihan Emma Watson sebagai watak 'Belle' memang tepat! Bukan itu sahaja, Anda juga terpesona dengan 'costume' yang direka untuk filem ini, nampak sangat cerita dulu-dulu. Paling nak tengok, gaun kuning yang dipakai oleh Belle. Memang cantik gais.

Keseluruhannya sangat memuaskan dan puas hati dengan filem remake ini. Lagi-lagi adengan nyanyian yang best dan nampak lebih hidup. Untuk pengetahuan anda, endingnya sedikit berbeza dengan filem animasinya. Must Watch ! :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster Beauty And The Beast 2017 Download | Beauty And The Beast  2017 Subtitle | Sinopsis Beauty And The Beast  2017 Synopsis | Poster Beauty And The Beast 2017 Review | Beauty And The Beast 2017 Malay Subtitle | Beauty And The Beast 2017 Torrent | Review filem Beauty And The Beast 2017 | Barisan pelakon Beauty And The Beast 2017 |  Review filem Beauty And The Beast 2017 Bahasa Melayu | Review Beauty And The Beast 2017 Malay 

Post a Comment

0 Comments