Logan - Movie Review

19:25:00 Rafzan Tomomi 5 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem dari X-Men Universe iaitu filem 'Logan'. Mesti ramai diantara anda sudah menonton filem ini kan? Ramai yang memberi pandangan positif dan berasa sebak didada selepas menonton filem ini. Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)


Sinopsis Logan
Filem 'Logan' yang berdurasi 2 Jam 18 Minit ini mengisahkan tentang Logan perlu menjaga Professor X yang sedang dalam keadaan tenat dan kedua-dua mereka bersembunyi di sempadan Mexico. Ia berlaku selepas beberapa tahun Mutan telah dihapuskan. apabila seorang mutan muda baru tiba, diburu oleh kuasa gelap, Logan mendapati cubaannya untuk menyembunyikan diri dari dunia gagal dan dia perlu sekali lagi menggunakan kuasanya sebagai Wolverine. Logan cuba melarikan diri dari diburu. (Trailer Logan 2017)

Filem yang bergenre aksi dan pengembaraan ini merupakan arahan dari James Mangold. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant, Dafne Keen dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 18 tahun keatas sahaja (18) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

Sumber : Logan Movie Official Site

Momi Review's
Sebuah filem yang awesome! Rasanya ini filem superhero X-Men yang terbaik yang Momi pernah tonton. Jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan aksi buat anda rasa berdebar apa yang akan berlaku seterusnya.

Kita sedia maklum ini merupakan siri terakhir untuk Wolverine dan bagi Momi filem ini betul betul buat Momi rasa sebak, lagi-lagi kematian beberapa watak yang best. Ada juga adengan yang mengejutkan. Lakonan Hugh Jackman seperti biasa memang best dan lakonan Dafnee Kneen sebagai Laura sangat awesome.

Keseluruhannya, sememangnya sebuah filem yang awesome dan wajib tengok. Harap ada sambungan untuk kisah Laura tu hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Poster Logan 2017 Download | Logan 2017 Subtitle | Sinopsis Logan 2017 Synopsis | Poster Logan  2017 Review | Logan  2017 Malay Subtitle | Logan  2017 Torrent | Review filem Logan  2017 | Barisan pelako Logan  2017 |  Review filem Logan  2017 Bahasa Melayu | Review Logan 2017 Malay |


5 comments:

  1. Ramai bagi rating tinggi utk movie nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. wajib tengok untuk 18 tahun ke atas sahaja :)

      Delete
  2. Baca review sini membuat rasa teruja untuk menontonnya. Hehe :)

    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete