Don't Knock Twice - Movie Review

Don't Knock Twice - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem iaitu 'Don't Knock Twice'. Sebenarnya filem ini tidak berada dalam list untuk Momi tengok, disebabkan pilihan majoriti kawan-kawan, Momi redha menontonnya hehe.  Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Don't Knock Twice - Movie Review

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 33 Minit ini merupakan arahan dari Caradog W. James. Filem ini dibintangi oleh  Katee Sackhoff, Lucy Boynton, Javier Botet, Nick Moran dan ramai lagi. Filem Seram ini diklasifikasikan untuk 13 tahun ke atas.  (Trailer Don't Knock Twice 2017)

Sinopsis Don't Knock Twice
'Don't Knock Twice' mengisahkan tentang Jess, seorang ibu yang terdesak untuk kembali berhubung dengan anak perempuannya, Chloe. Ada perkara aneh yang berlaku selepas Chloe dan rakannya mengetuk pintu disebuah rumah tidak berpenghuni. Rumah tersebut ada kaitan dengan kematian rakan zaman kanak-kanaknya. Apakah yang menganggu Chloe sebenarnya?  

Don't Knock Twice - Movie Review

Jalan Cerita?
Jalan cerita pada awalnya menarik perhatian juga, tetapi pada bahagian 'ending'nya buat anda rasa kecewa nak tengok sebab cerita dia tergantung dan 'plot twist' kaw-kaw punya! Serius, kecewa sikit juga sebenarnya setelah bersusah payah menjalani keseraman cerita (hahaha), akhir sekali tidak berapa menarik. Bukan Momi sahaja, tapi rakan-rakan yang menonton turut kecewa dan tertanya. Mungkin sebab ia sebuah filem seram mungkin? atau nak buat sekuel. Keseluruhannya, boleh tengok tapi jangan tengok bersungguh haha. 

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Poster Don't Knock Twice 2017 Download |  Don't Knock Twice 2017 Subtitle | Sinopsis Don't Knock Twice 2017 Synopsis | Poster Don't Knock Twice 2017 Review | Don't Knock Twice 2017 Malay Subtitle | Don't Knock Twice 2017 Torrent | Review filem Don't Knock Twice 2017 | Barisan pelakon Don't Knock Twice  Review filem Don't Knock Twice 2017 Bahasa Melayu | Review Don't Knock Twice Malay

**all photos taken from google.

Post a Comment

0 Comments