• Dolly Dim Sum - Kini Berada Di Pavilion Elite, Kuala Lumpur


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas Avenue K & Nu Sentral, kini Dolly Dim Sum telah dibuka di Pavilion Elite, Kuala Lumpur untuk para peminat Dim Sum. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh merasai Dim Sum yang panas-panas dan masakan tradisional cina disini. Apa yang bestnya Dolly Dim Sum ini ? Mohon korang dah makan sebelum sambung baca hehe.



    Semestinya Dolly Dim Sum menghidangkan Dim Sum terbaik untuk para pelanggan. Bukan sahaja sedap, malah Dim Sumnya juga dibentuk dalam pelbagai bentuk yang menarik dan comel. Selain Dim Sum, Dolly Dim Sum menghidangkan makanan kegemaran ramai seperti dumpling 'Har Gao', roasted BBQ buns, tart telur mini dan pan lobak goreng.



    Sempena Chinese New Year ini, Momi bersama rakan Blogger telah dijemput dan merasai hidangan 'Prosperity Set Menu'. Terdapat 11 hidangan yang menarik termasuk Yee Sang dalam set tersebut. Antara hidangan dalam menu 'Prosperity' ialah :


    Go Ting Pu Er Chinese Tea
    Pertama kali cuba untuk minum teh cina ini. Rasanya dapat melegakan tekak anda.


    Salmon Yee Sang
    Rasa yang unik dan menarik dicampur bersama. 


    Yam Croquette
    Pertama kali makan Yam Croquette, memang sedap sebab dalamnya ada daging, cendawan dan juga kekacang. Rasa garing dia memang buat dia lagi sedap.


    Prawn Cheong Fun
    Yang ni pon sedap juga. Ada udang dalamnya.


    Three Treasure Crab Parcel
    Ini wajib cuba, rasa dia memang sedap sebab ada isi ketam yang dibungkus dan juga dimasak bersama dengan sos istimewa.


    Spicy Szechuan Dumpling 
    Rasa udang dan ayam bersama dengan sos masam pedas, konfem anda nak repeat lagi.


    Royal Golden Fried Rice
    Nasi goreng dihidangkan bersama udang dan telur ikan diatasnya.


    Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce 
    Ayam yang dihidangkan bersama dengan buah mangga muda diatasnya. Sedap ni.


    Stir-fried Broccoli with Scallop 
    Brokoli dimasak dengan scallop yang datangnya dari USA. 


    Mango Delight
    Okay yang ni favourite, Pencuci mulut Puding Mangga bersama limau bali dan sagu,,


    Chinese New Year Happiness Kuih
    Rasa yang unik melengkapkan lagi hidangan pencuci mulut anda.


    Rooster Green Bean Dumplings
    Yang ni tiada dalam set, tapi dapat juga merasa. Yang Dumpling ni comel sangat, dalam bentuk ayam. 


    Waktu Beroperasi Dolly Dim Sum 

    11.00 Pagi - 10.00 Malam (Setiap Hari)
    Untuk Pavilion outlet: Sabtu / Ahad / Cuti Umum : 10.30 Pagi - 10.00 Pagi


    Terima kasih diucapkan kepada Dolly Dim Sum dan Asia Mex Dining atas jemputan untuk merasai hidangan sempena Chinese New Year. Memang kenyang tau! hehehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Dolly Dim Sum, sila layari :

    Official Website - www.dollydimsum.com 

    Dolly Dim Sum Cawangan Pavilion
    1. Pavilion. 168, Jalan Bukit Bintang,
    Bukit Bintang,
    55100 Kuala Lumpur.
    03-21105019

    Dolly Dim Sum Cawangan Avenue K
    Lot G9 Ground Floor, 
    Avenue K, 156 Jalan Ampang
    Kuala Lumpur - berhampiran KLCC
    03-2181 3830

    Dolly Dim Sum Cawangan Nu Sentral
    LG.43 NU Sentral 
    No. 201 Jalan Tun Sambathan
    50470 Kuala Lumpur.
    03-2273 1450


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment