#MovieReview - Trolls

18:09:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bersedialah dari fizikal dan mental kerana anda akan menonton sebuah filem yang ceria dan penuh warna warni. Menariknya lagi filem "Trolls" ini menampilkan suara Anna Kendrick & Justin Timberlake sebagai teraju utama. Paling penting, ia sebuah filem muzikal. Memang favourite Momi ni hehe. Filem ini menerima review yang positif dikalangan penontonnya. Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 

(sumber : www.dreamworks.com/trolls)
Saksikan Trailer "Trolls"!
Download Trolls 2016

SINOPSIS Trolls (info dari cinema.com.my)
Komuniti Trolls hidup aman dan gembira di bawah naungan Puteri Poppy. Satu hari, Poppy telah membuat satu parti besar dan secara tidak sengaja telah menarik perhatian Bergen, raksasa pesimis yang hanya akan gembira selepas memakan troll. Bergen yang bernama Chef telah menculik beberapa Trolls. Merasakan dirinya bertanggungjawab, Poppy telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan rakannya, dan dia membawa sekali Branch iaitu troll yang bersikap paranoid. Bersama, kedua-dua mereka perlu bekerjasama dalam mengembara ke dunia yang mereka tidak tahu.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 November 2016
Genre: Animasi / Komedi / Muzikal
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Anna Kendrick, Justin Timberlake, James Corden, Kunal Nayyar, Gwen Stefani, Russell Brand
Pengarah: Mike Mitchell
Format: 2D

(sumber : static.srcdn.com)

REVIEW Trolls
Anda patut bawa seisi keluarga untuk menonton filem ini. "Trolls" menampilkan beberapa barisan pelakon suara yang best-best. Momi bertambah teruja bila dapat tahu filem ini adalah filem muzikal, jadi banyak adengan menyanyi hehe. Trolls tu serius comel dan kelakar ya, manakala Bergen (macam raksasa) sangat hodoh tapi ada juga yang comel sebenarnya hehe.

Jalan ceritanya menarik juga. Ada beberapa adengan yang menarik dan 'memorable' seperti pengembaraan Poppy (lakonan suara Anna Kendrick) mengembara sambil menyanyi, Poppy dan rakan-rakan bantu Bridget untuk ngorat Prince Gristle Jr dan banyak lagi. Bagi Momi, filem ni buat anda rileks dan tak stress sangat ketika menonton.

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik dan penuh dengan warna warni. Rasa macam nak pergi tengok lagi tapi nanti-nanti lah hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Poster Trolls 2016 Download |  Trolls 2016 Subtitle | Sinopsis Trolls 2016 Synopsis | Poster Trolls 2016 Review | Trolls 2016 Malay Subtitle | Trolls 2016 Torrent | Review filem Trolls 2016 | Barisan pelakon Trolls 2016  Review filem Trolls 2016 

4 comments: