Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Peminat tegar Churros, sila ambil perhatian! Kini Street Churros sudah berada di Malaysia! Pada Ahad yang lalu, Momi berkesempatan untuk merasa churros buat pertama kali. Yes! Pertama kali Momi akan makan churros hehe. Apa yang menariknya Street Churros ni? 

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!
Street Churros, 1Utama Shopping Centre
Street Churros kini berada di IOI City Mall, Putrajaya (cawangan pertama) dan 1Utama Shopping Centre (cawangan kedua). Street Churros memberi peluang semua penggemar Churros untuk merasai keenakan dan kerangupan Churros. Street Churros merupakan jenama dari Korea ini juga memperkenalkan Churros berkonsepkan 'street food' yang berkualiti premium, dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan menggunakan resepi tersendiri. 

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!
Bloggers bersama Original Churros, cuba cari mana Momi? hehe

Semua churros di Street Churros dibuat bergantung kepada order dari customer, dan ia sentiasa panas dan rangup ketika dimakan. Di Street Churros Malaysia, terdapat 3 jenis pilihan churros, iaitu Original Churros berbentuk seperti ladam kuda, di tabur dengan cinnamon (kayu manis), chocolate (coklat) atau cheese (kaju). Harga Churros di Street Churros RM4.90 sahaja! Dengan tambahan RM1.50, anda boleh pilih mana-mana perisa; Coklat, Cream Cheese, Strawberi dan Bluberi untuk dicicah bersama Churros.

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!
Filling-Chu Street Churros

Selain Original Churros, Street Churros juga menjual 'Filling-Chu' iaitu churros yang ada inti didalamnya. Pilihan inti Filling-Chu yang ada ialah Coklat, Cream Cheese atau Blueberi. Berapa harga Filling-Chu ? Harganya cuma RM7.90 sahaja. Sila makan dengan berhati-hati sebab inti dalamnya sangat banyak, takut makan terkena baju hehe.

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!
Momi Most favourite, Ah-Chu

Okay yang ni kegemaran Momi. Churros dengan aiskrim atau di Street Churros, ia lebih dikenali dengan nama 'Ah-Chu'. Terdapat empat pilihan perisa aiskrim Ah-Chu; Choco Choco, Choco Berry, Strawberry, dan Plain Vanilla. Harga Ah-Chu sama dengan harga Filling-Chu iaitu RM7.90 juga. Mula-mula macam berdebar nak rasa, sekali rasa macam nak tambah lagi. Lagi-lagi part churros , bila makan dengan aiskrim memang 'fresh!'.

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!
slurrp! :)

Bukan itu sahaja, Street Churros juga menyediakan pelbagai pilihan Latte iaitu Choco Latte, Green Tea Latte, dan Milk Tea Latte dan juga untuk bukan penggemar Latte boleh pilih ADE Fresh Lemonade dan Passion Fruit. Terbaru, Street Churros juga memperkenalkan menu baru iaitu Oh My Mango dan I Love Strawberry. Rasanya sangat comel dan manis manis manja hehe.


Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Street Churros - Kini Menetap Di Malaysia!

Untuk bulan Oktober ini, Street Churros sedang mengadakan Churros Fest! . Jadi setiap hari Ahad, singgah Street Churros di IOI City Mall (Lower Ground, LG-66A) atau 1Utama outlet (Lower Ground, LG319A) dan anda boleh dapatkan churros dengan harga RM2 ! Tunggu apa lagi? Lengkapkan minum petang anda dengan Street Churros. Momi kalau dekat ni, seminggu tah berapa kali pergi ni, nasib jauh dari rumah hehe. Terima kasih Street Churros & Bro Framestone beri peluang Momi cuba Churros buat pertama kali :D


p/s : Zombie Churros datang menyerang!! haha

Post a Comment

4 Comments

Syafiqah Hashim said…
My favorite Ah-Chu jugakkk!! Seppp! Hehehe.. Habis dengan semua makanan dia selfie. Momi ni. Hehehehe.. #langgarpintu sikit :)
Rafzan Tomomi said…
hehehe kan. dah la comel rasa pon comel hehe. biasa tu sis, saya suka selfie hahaa
Illya LeYa said…
momi tak hajak pun... huhuhu...
Rafzan Tomomi said…
hehehe kena pergi sendiri :D