#MovieReview - The Girl on the Train

Review Filem The Girl on the Train

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais.  Sebuah filem misteri dan ngeri lakonan Emily Blunt telah mula ditayangkan mulai 6 Oktober yang lalu. Filem "The Girl On The Train" telah mendapat pandangan terhadap filem ini bercampur (positif + negetif). Kutipan minggu pertama sebanyak 41 Juta Dollar setelah ditayangkan di beberapa buah negara.  Best ke tak?   ::Amaran : Spoiler:: 


Review Filem The Girl on the Train

Saksikan Trailer "The Girl on the Train"!
Download The Girl on the Train 2016

SINOPSIS The Girl on the Train
Setiap hari, Rachel Watson akan menaiki keretapi ke tempat kerjanya di Kota New York. Dia cuba untuk tidak fokus pada rumah lamanya, yang mana dia pernah tinggal bersama bekas suaminya, Tom, dan mula melihat pasangan yang tinggal berdekatan - Megan dan Scott Hipwell. Dia mula mereka kehidupan impian mereka di dalam fikirannya dengan memanggil mereka "Jess and Jason", bagaimana mereka menjalani kehidupan sempurna sebagai keluarga. Pada satu hari apabila keretapinya melalui rumah itu, dia melihat sesuatu yang mengejutkan. Pada keesokan harinya dia terjaga dengan sakit kepala dan beberapa kecederaan, dan tidak ingat apa yang berlaku semalam. Dia hanya dapat merasakan sesuatu yang tidak elok telah berlaku. Kemudian televisyen melaporkan "Megan Hipwell telah hilang". Rachel cuba mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2016
Genre: Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 53 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux, Luke Evans
Pengarah: Tate Taylor
Format: 2D

Review Filem The Girl on the Train

REVIEW The Girl on the Train
Secara tidak sengaja menonton filem ini. Pada mulanya tengok trailer macam biasa je, tapi tanggapan selepas menonton filem ini berbeza. Jalan cerita yang menarik dan penuh tanda tanya. Semasa menonton, banyak persoalan yang keluar, siapa yang sebenarnya bunuh Megan? Apa kaitan Rachel, Megan dan Anna? Sebenarnya filem ni jadi best sebab 3 karakter tadi ada kaitan.

Review Filem The Girl on the Train

Sedikit pening semasa Momi menonton, sebab banyak flashback untuk menceritakan situasi berlaku. Lakonan Emily Blunt sebagai Rachel sangat bagus. Lagi-lagi masa dia tengah mabuk. Bahagian ending filem ini sangat buat Momi 'heartbreak' sebenarnya, dan memang tak sangka siapa sebenarnya yang bunuh Megan. Keseluruhannya, cerita yang menarik dan mendebarkan juga. Momi suka persoalan yang dibangkitkan dan sangat tertunggu siapa sebenarnya punya angkara. Filem ini 18 tahun ke atas ya. hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Poster The Girl on the Train 2016 Download |   The Girl on the Train 2016 Subtitle | Sinopsis The Girl on the Train 2016 Synopsis | Poster The Girl on the Train 2016 Review | The Girl on the Train 2016 Malay Subtitle | Seoul Station 2016 Torrent | Review filem The Girl on the Train 2016 | Barisan pelakon The Girl on the Train 2016  Review filem The Girl on the Train 2016 

**All photos belongs to google.

Post a Comment

2 Comments