• Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Adakah anda penggemar kopi? Kini anda boleh cuba pelbagai pilihan kopi di Cosans Coffee. Pada penghujung Ogos lalu, Momi berkesempatan hadir ke 'Coffee Bean and Food Tasting' di Cosans Coffee yang terletak di SS15 Subang Jaya. Rasa bertuah sebab bakal merasa beberapa perisa kopi dan makanan yang akan dijual di Cosans Coffee hehe. 

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Majlis Perasmian Hot Kitchen juga berlangsung pada hari yang sama dan dirasmikan oleh CEO Cosans Coffee sendiri. Ini merupakan 'Hot Kitchen' pertama Cosans Coffee yang bakal dijalankan di Subang Jaya. Kesemua hidangan yang bakal dihidangkan adalah makanan barat. Momi sempat merasa beberapa hidangan yang sedap dan memang wajib cuba bila datang Cosans Coffee ni.

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Sebelum ini Cosans Coffee hanya menghidangkan kopi, sandwich dan kek sahaja. Kini, Cosans Coffee bakal menghidangkan beberapa jenis makanan yang buat anda telan air liur hehe. Antara hidangan yang bakal dihidangkan seperti berikut :

    Neptune Lobster

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

     Fince Meal

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Cosan's Lambshank


     Salsa Chip


    Baked Salmon Pasta

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Aglio Olio Seafood

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Seafood Omelette

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya

    Amacam ? Best ke tak? Konfem lah terliur tengok gambar makanan tu kan? hehe. Bukan itu sahaja, Momi dihidangkan beberapa jenis perisa coffee untuk dirasa. Memandangkan Momi bukan peminat kopi tegar, semua kopi rasa hampir sama ya haha. Bau kopi-kopi tu memang tip-top gais. Lepas tu, mereka ada buat demo macam mana nak buat 'Coffee Art'. Kalau anda perasan, Latte atau Cappuccino ada corak bentuk love, angsa dan sebagainya. Sebenarnya nak buat tu memerlukan kemahiran, Momi tengok pon teruja sebab mereka buat dengan lajunya hehe. Lagi-lagi corak 'beruang'. Serius comel hehe. 

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Demo 'Coffee Art'

    Menariknya kesemua hidangan makanan yang Momi tunjukkan kepada anda hanya boleh didapati di cawangan Subang Jaya sahaja. Cosans Coffee kini mempunyai 6 cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur iaitu Solaris Mont Kiara, Cascades Kota Damansara, Bangsar, Sunway Pyramid, Puchong dan Paradigm Mall. Terima kasih Cosans Coffee kerana memberi peluang kepada Momi mencuba dan merasai hidangan Hot Kitchen. :) Beberapa momen yang sempat Momi rakamkan di Cosans Coffee :

    Diluar Cosans Coffee

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Sandwich & Muffin

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    cakes & beverages
      
    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Coffee coffee, story story hehe

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    suasana dalam Cosans Coffee Subang Jaya ss15

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Belons.

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Latte dengan corak teddy bear. comel nya :D

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Cosans Coffee here.

    Hot Kitchen Cosans Coffee, SS15 Subang Jaya
    Berebut Belon Dengan Kak iena haha
    Terima kasih baca sampai habis hehe. :D
  • You might also like

    2 comments: