#MovieReview - The Purge : Election Year


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Filem ke-3 The Purge sudah mula ditayangkan sejak 14 Julai yang lalu. Filem The Purge dari filem pertama sehingga ketiga, bila Momi tengok mesti mendebarkan. The Purge : Election Year menelan belanja lebih dari 10 juta U.S Dollar. Pandangan dari mereka yang sudah menonton bercampur (positif & negetif).  Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "The Purge : Election Year"!
Download The Purge : Election Year 2016

SINOPSIS The Purge : Election Year
Filem ketiga dalam siri thriller ini adalah prekuel kepada dua filem sebelum ini, yang mana ia akan memaparkan tentang Revolusi dan kali pertama Purge mengambil tempat.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Frank Grillo, Betty Gabriel, Edwin Hodge, Kyle Secor
Pengarah: James DeMonaco
Format: 2D

The Purge : Election Year 2016 Poster

REVIEW The Purge : Election Year
Sebelum korang menonton sila pastikan anda berusia 18 tahun ke atas hehe. Jalan ceritanya boleh la menarik juga. Sama seperti Filem pertama dan keduanya. Kali ni lebih memfokuskan Senator Charlie Roan dan  semasa malam The Purge berlangsung. Filem ni sedikit mendebarkan dengan scene-scene yang boleh buat korang terkejut haha. (Of kos Momi tutup telinga masa ni haha)


Filem ni sama seperti filem kedua yang menunjukkan bagaimana malam Purge berlangsung. Lepas tu banyak scene melarikan diri dan kejar mengejar. Favourite scene Momi masa orang-orang ternama berkumpul dan melakukan Purge, part ni korang jangan Miss okay hehe. Malangnya sedikit kecewa semasa menonton filem ini, kerana ada beberapa adengan yang ganas di potong begitu sahaja. Menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan penonton. :(

Keseluruhannya, filem ini memuaskan dan terhibur jugak la ketika menonton. Cuma kecewa sedikit lah seperti yang dinyatakan kat atas tadi huhu. Mungkin tengok sekali dua je lah kot. Apa yang terjadi pada The Purge pada masa akan datang? Jangan lupa saksikan dipawagam berdekatan.

Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Poster The Purge : Election Year 2016 Download | The Purge : Election Year 2016 Subtitle | Sinopsis The Purge : Election Year Synopsis | Poster The Purge : Election Year 2016 Review |  The Purge : Election Year 2016 Subtitle | The Purge : Election Year 2016 Torrent | Review filem The Purge : Election Year 2016 | Barisan pelakon The Purge : Election Year 2016  Review film The Purge : Election Year 2016 | The Purge 3 : Election Year 2016

Post a Comment

0 Comments