Movie Review - The Angry Birds Movie

Movie Review - The Angry Birds Movie
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Mesti kita semua pernah main game Angry Birds kan? Ala tarik burung tu, serang ke arah khinzir berwarna hijau haha! Momi pernah main tapi tak pernah habis sebab malas haha. "The Angry Birds Movie" telah ditayangkan sejak 12 Mei lalu dan kebanyakkan memberi respon yang positif. Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 


sumber : www.angrybirds.com/movie

Saksikan Trailer "The Angry Birds Movie"!
Download The Angry Birds Movie 2016

SINOPSIS The Angry Birds Movie
Red, seekor burung tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island, tidak mampu menahan dirinya dari kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya, di mana dia bertemu dengan burung yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb. Hidup di pulau itu menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard. Red, Chuck dan Bomb dalam misi mencari penyelamat lagenda Great Eagle untuk menyelamatkan pulau. Apabila mereka mendapati usaha mereka sia-sia, sekarang terserah kepada Red untuk merancang untuk menyerang Piggy Island.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph, Peter Dinklage
Pengarah: Fergal Reilly, Clay Kaytis
Format: 2D, 3D, 2D D-BOX


REVIEW
The Angry Birds Movie membawa penonton ke alam Angry Birds yang penuh dengan burung yang comel. Momi memang teruja bila dapat tahu Angry Birds akan difilemkan. Jalan ceritanya akan memberitahu korang kenapa burung-burung comel ni benci sangat dengan 'khinzir' hijau (a.k.a 'Pig'). Perjalanan cerita The Angry Birds Movie ini agak menarik dan lebih memfokuskan kisah Red.

Setiap masa dipenuhi dengan gelak tawa penonton, filem ni penuh dengan humor yer.  Yang bestnya korang akan didedahkan satu demi satu karakter yang korang main dalam game tu dan ada beberapa karakter baru juga diperkenalkan. Seriously rasa sangat benci dengan khinzir hijau tu haha. Keseluruhannya filem The Angry Birds Movie memang menghiburkan. Sesuai bawa anak-anak kecil menonton filem ni, konfem diorang teruja loncat-loncat haha. Hoping for sequel :p

Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG

Poster The Angry Birds Movie 2016 Download | The Angry Birds Movie 2016 Subtitle | Sinopsis The Angry Birds Movie 2016 Synopsis | Poster The Angry Birds Movie 2016 Review | PosterThe Angry Birds Movie 2016 | The Angry Birds Movie 2016 Torrent | Review filem The Angry Birds Movie 2016 | Barisan pelakon  The Angry Birds Movie 2016  Review film The Angry Birds Movie 2016

Post a Comment

0 Comments