Buffet Ramadan 2016 Bertemakan Selera Desa-Nostalgia 60an Di AnCasa Hotel

11:41:00 Rafzan Tomomi 0 Comments




Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Ramadan bakal menjelma tak lama lagi . Tak sabarnya. haa kepada korang yang nak jumpa kawan-kawan, masa berbuka puasa nanti mesti korang nak cari tempat atau buffet ramadan kan? Apa kata korang cuba pilih Buffet Ramadan dekat AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Menariknya buffet Ramadan di AnCasa Hotel & Spai ni bertemakan Selera Desa Nostalgia 60-an, untuk mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


Ada beberapa booth yang menarik perhatian dan menghidangkan juadah berbuka untuk mereka yang hadir antaranya Aneka Nasi, Yong Tau Foo, Sate, Sharwarma, Ayam Skewer dan lain-lain. Paling menarik perhatian ialah booth Aneka Nasi yang menghidangkan Nasi Kerabu, Nasi Hujan Panas, Pecal, Serunding & beberapa hidangan lain yang sedap. Yang tak kuatnya Momi tengok Nasi Kerabu + solok lada memang mengancam dan sedap hehe.


Booth seterusnya ada Hidangan Utama yang menghidangkan yang mostly lauk-lauk yang sedap seperti Rendang Itik, Daging Opor, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas dan beberapa hidangan lain. Memang tak kuad ya haha.


Peminat setia Mee boleh cuba di booth Aneka Mee yang menghidangkan mee seperti Laksa, Mee Udang Taiping & Mee Sup Utara. 3-3 hidangan ni memang sedap, lagi-lagi Mee Udang Taiping . Terbaik!


Booth Sate, Shawarma dan Ayam Skewer pon best sebab rambang mata tengok ayam, ayam dan ayam! haha. Peminat sate wajib cuba ya! :)


Team Yong Tau Foo  


Wuuu~ tak kuad tengok.


Momi & Kambing


Muka kelaparan tu~ hahaa


Team Sup Setapak


Dah lama tak rasa apam balik. memang sedap!

Selain dari hidangan yang Momi sebutkan diatas, ada banyak lagi hidangan yang menarik dan tetiba korang nak rasa ke seperti Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Ikan Jenahak bakar, Lemang, Ketupat Palas dan banyak lagi hidangan. Makan sampai kenyang ya haha.


Rindu benda ni haha


Team Buahan Segar


Team Kuih Muih, Kuih Raya & Kek 

Momi tak melepaskan peluang untuk rasa dessert (pencuci mulut) yang boleh didapati di Buffet Ramadan di AnCasa Hotel & Spa ni. Memang tak kuad ya gais tengok dari kek sampai lah ke buah. Cukup mencuri hati haha.

Harga Biasa
RM68 (Dewasa)
RM40 (Kanak-kanak)

Harga 'Early Bird'
RM58 (Sekarang hingga 31 Mei 2016)

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi Saffron Brasserie AnCasa Hotel melalui nombor telefon 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032. Kat mana nak cari buffet ramadan yang best ? Boleh cuba dekat AnCasa Hotel & Spa. Konfem puas hati! :)


0 comments: