#MovieReview - 10 Cloverfield Lane

00:33:00 Rafzan Tomomi 4 Comments



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Pernah menonton filem 'Cloverfield" yang ditayangkan pada tahun 2008? Sebenarnya Momi tak pernah dengar, bila keluar trailer "10 Cloverfield Lane" awal tahun ni, ia seperti menarik Momi untuk menonton. Apakah yang menariknya filem ni?  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "10 Cloverfield Lane"!
Download 10 Cloverfield Lane 2016

SINOPSIS 10 CLOVERFIELD LANE
Seorang wanita muda terjaga di sebuah bilik bawah tanah selepas terlibat dengan kemalangan kereta. Dia bimbang yang dia sebenarnya diculik oleh lelaki yang telah membantunya. Lelaki itu memberitahunya dia telah menyelamatkan wanita itu dari serangan kimia yang telah menyebabkan dunia di luar tidak selamat untuk didiami. Tidak mempercayai kata-kata lelaki itu, wanita itu mengambil keputusan untuk melarikan diri tanpa mengira bahaya yang bakal dihadapinya. Filem arahan Dan Trachtenberg ini dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, John Goodman & John Gallagher, Jr.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Format: 2D


REVIEW
Bersiap sedia dengan pelbagai persoalan yang akan bermain difikiran. Kenapa Michelle (lakonan Mary Elizabeth Winstead) berada di sebuah bilik bawah tanah selepas berlakunya kemalangan kereta. Jalan ceritanya menarik tapi ia agak perlahan sikit dan agak psycho sikit, harap korang yang nak tengok tu tak tertidur ya hehe. Bagi Momi, filem ni jadi menarik bila hampir 80% shot mereka berada dibawah tanah. Lagi best, filem ini hanya menggunakan 3 orang pelakon sahaja. Jimat kos hehe. Keseluruhannya, Momi berpuas hati menonton walaupun agak perlahan. Part ending dia memang tak dijangka. Nak tahu kenapa? Pergilah tonton ^_^


Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster 10 Cloverfield Lane 2016 Download | 10 Cloverfield Lane 2016 Subtitle | Sinopsis 10 Cloverfield Lane 2016 Synopsis | Poster Batman V Superman : Dawn of Justice 2016 Review | Poster 10 Cloverfield Lane 2016 2016 | 10 Cloverfield Lane 2016 Torrent | Review filem 10 Cloverfield Lane 2016 | Barisan pelakon 10 Cloverfield Lane 2016 |  Review film 10 Cloverfield Lane 2016

4 comments:

  1. banyak besembang tak? takut ttidoq tengok. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa of course. tapi rasa curious tu buat tak jadi nak tido haha

      Delete
  2. laaaa ingatkan cerita ni sambungan cloverfield haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia semasa cloverfield tu berlaku cuma dia side yang lain hehe

      Delete