#MovieReview - The 5th Wave

10:38:00 Rafzan Tomomi 2 Comments



Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem sains fiksyen, "The 5th Wave". Bila tengok trailer rasa teruja nak pergi menonton filem ini sebab ia berkaitan dengan bumi dan makhluk asing. Rasanya apa tu 'Gelombang ke-5' yang diorang maksudkan dalam cerita ni?  Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download The 5th Wave 2016

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Chloë Grace Moretz, Nick Robinson, Alex Roe, Maika Monroe, Liev Schreiber
Pengarah: J Blakeson
Format: 2D, 2D D-BOX
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : google.com)
Sinopsis
Filem "The 5th Wave" arahan J Blakeson ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Cassie, yang terdesak untuk menyelamatkan adik lelakinya selepas serangan makhluk asing memusnahkan hampir keseluruhan bumi. (sumber : cinema.com.my)




Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Kisah dari novel bersiri
Yaaa! Filem ini diadaptasi dari novel dengan nama yang sama. Memandangkan filem ini sama (filem bersiri) seperti "The Hunger Games", "Divergent" & "The Maze Runner", Momi memang teruja nak tengok sebab malas nak baca novel. Biar surprise! hehe Memang tak sabar nak tunggu sekualnya (tapi tak tahu bila haha).

02 Jalan Cerita Yang Menarik
Momi memang suka jalan cerita macamni. Mula-mula tenang, aman damai je beberapa minit selepas itu berlaku beberapa gelombang yang menarik Momi nak tengok sampai habis. Selepas 3 gelombang berlaku, jalan cerita dia semakin best dan menarik. Ada adengan yang kelakar dan kebanyakannya ada serius. Terdapat 'plot twist' yang buat filem ini tambah menarik.


03 Watak Cassie & Evans yang awesome!
Apa Momi boleh cakap watak Cassie (lakonan Chloë Grace Moretz) tu memang best. Dia punya kesungguhan nak belakon watak tu harus dipuji.  Lepas tu watak Evans (lakonan Alex Roe) yang misteri dan pelik pon best jugak. Rasa-rasa diorang couple ke? haha Pelakon sampingan yang lain Momi rasa okay lah, tapi tak memberi impak sangat, mungkin akan lebih menonjol untuk sekuel nanti kot.

04 Apa yang bestnya filem ni?
Filem ni secara keseluruhannya menarik dan Momi syorkan untuk korang tengok nanti. Menariknya korang dapat tengok macam mana cari adik dia yang terpisah dekat kem pelarian? Macam mana Cassie boleh berjumpa dengan Evans? Kalau teruja korang kene pergi tengok. :)



Rate
Dengan ini Momi memberi 4 / 5 bintang.

The 5th Wave 2016 Download | The 5th Wave 2016 Subtitle | Sinopsis The 5th Wave 2016 Synopsis | The 5th Wave 2016 Review | Poster The 5th Wave 2016  | The 5th Wave 2016 Torrent | Review filem The 5th Wave 2016 | Barisan pelakon The 5th Wave 2016 

2 comments:

  1. Baru nak tengok ritu tapi entah takut tak best.. Ni baca entri rafzan, rasa nak tengok lak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada orang sebenarnya. kalau dia suka cerita style macamni, dia okay je tengok. kalau bukan genre dia, maybe dia kureng suka hehe

      Delete