Cara Untuk Dapat Followers / Like Banyak Dekat Instagram

20:13:00 Rafzan Tomomi 21 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Saya nak share pulak macam mana nak menarik orang untuk Follow / Like Instagram kita. Disebabkan ramai tanya "macam mana kau boleh dapat like banyak?" atau "Macam mana kau dapat Followers ramai?". Jika nak tahu bagaimana cara tambah follower Instagram dan cara mendapatkan like banyak di Instagram, jom baca yang saya senaraikan ni :


01 Follow seberapa ramai yang boleh
Untuk permulaan tu, korang follow je seberapa ramai yang boleh. Had Following Instagram hanya 7,500 sahaja, lebih tak boleh yer hehe. Bila korang follow, tunggu dalam masa 2-3 untuk meng-unfollow mereka yang tak followback, kalau unfollow sejam lepas follow korang memang nampak terdesak sangat tu hehe. Kalau followers korang ramai likers, memang naik ler like tu hehe.

02 Like post dekat yang lalu dekat timeline Instagram
Saya dan beberapa orang dah guna cara ni, like je apa yang lalu dekat Timeline Instagram tu ( walaupun gambar masih tengah loading hahaha). Tiba-tiba Followers naik sampai 10 orang. Mula-mula pelik tapi lepas beberapa kali cuba memang betul. hehe

03 Boom Like
Boom mengeboom gambar-gambar followers korang memang sangat best, 8/10 orang yang korang bom tu akan balas balik dan kadang-kadang lebih dari yang kita boom gambar diorang tu hehe. Maka like korang pon beranak pinaklah hehe.

04 Gambar yang menarik & cantik
Bukan semua orang tapi ada orang akan follow korang kalau gambar-gambar yang dipost tu menarik minat, cantik & ala-ala hispter sikit. Nak lagi best, cari identiti tersendiri untuk buat orang ingat kenapa diorang follow akaun Instagram korang :)

05 Promote
Ini cara yang tak disyorkan tapi ia berkesan. Kadang-kadang ada nampak diorang ni dok main promote-promote. Katakanlah, bila korang promote satu akaun IG ni dekat IG korang, kemudian akaun IG yang korang promote tadi tu akan balas promote korang. Bukan semua orang suka promote ni, hati-hati kalau kerap sangat korang akan diunfollow.

06 Post mengikut masa yang sesuai
Yang ni penting jugak untuk korang yang nak like lebih, korang kene tahu bila followers korang aktif. Kalau nak tahu, sila baca entri ni : Waktu Yang Sesuai Untuk Post Di Sosial Media.

07 Update setiap hari 
Untuk mengekalkan follower korang, rajin-rajinlah update Instagram tu, at least sekali sehari atau sekali dua hari. Lagi-lagi yang memang peminat setia gambar korang tu. hehe

08 Gunakan hashtag yang menarik & simple
Ini pon salah satu cara yang sesuai untuk menarik orang follow akaun IG korang. Hashtag yang unik dan mudah diingati boleh jadi petunjuk untuk mereka yang lupa id IG korang, melalui hash tag mereka boleh jumpa akaun IG dan follow hehe. 

Haaa... macam mana? Dah faham? Kalau tak faham baca lagi tau hehe. Entri ni memang sesuai sebenarnya untuk mereka yang buat bisnes online, In Sha Allah mana tahu berkesan kan hehe. Diharapkan entri ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga berjaya dan selamat mencuba! hehe

Tips nak dapatkan followers ramai dekat Instagram | Tips nak dapatkan like banyak dekat Instagram | Macam mana nak dapatkan followers ramai dekat Instagram | Macam mana nak dapatkan like banyak dekat Instagram 

21 comments:

  1. Ena dlu guna cara ni semua kecuali yg bhgian promote ig org tu je ye tak.. Sebab tak gemar cara tu.. Memang cepat follower naik.. Tapi skrg dah mls.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ye , kalau nak followers ramai kene rajin. kadang2 saya pon malas hahaa

      Delete
  2. Ooooo kantoi like tak ikhlas hahah xP

    ReplyDelete
  3. Setakat ni tak berani nak masuk instagram sebab tak terkejar denn..

    ReplyDelete
  4. Mcm mne nk unfollow mereka yg xfollow kita?nak tengok dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna apps "instafollow" , boleh detect siapa unfollow :)

      Delete
  5. Terima kasih... Terbaik ilmu ig ni. Ada akak dah buat. Ada yang baru tahu. Memang kena rajinkan diri balik ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Timeline ? Tempat explore eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. dia dekat first page. kita login je, keluar yang timeline dulu

      Delete
  7. kalau comment kt gmbar org tu mcam " comei ,lawa" ,bleh dpat bnyak follower jgak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutlahh. kadang2 ada rezeki orang follow hahaha

      Delete
  8. Kalau ikut these tips , ig kena private ke tak eh? Rasa rasa?

    ReplyDelete