Nak Burger Dengan Diskaun 50%? Baca ni! | Miami Grill MY, Sunway Pyramid

16:02:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Korang mesti tak sabar nak rasa burger yang ada diskaun sampai 50%! Ini bukan cobaan ye tapi ia sememang benar! Untuk masa terhad, korang kene datang dekat Miami Grill, Sunway Piramid. Sebab apa? Teruskan membaca!


Awal September lalu, saya dijemput untuk menghadiri food review Hai Blogger! di Miami Grill, Sunway Pyramid. Seperti yang diheboh-hebohkan diatas, diskaun burger sampai 50% ni jika korang makan dekat Miami Grill ni. Korang HANYA boleh dapat diskaun jika korang nampak ada banner"50%" (seperti gambar di atas) dekat dalam restoran ni. Wah, rasa mencabar pulak nak makan burger separuh harga ni haha. (Klik Sini!)


Kebetulan masa tu memang lapar. Jadi kalau boleh nak je bedal lima burger sekali tapi hanya mampu makan satu je haha.  Ada 5 jenis burger yang diperkenalkan kepada kami (Blogger) iaitu ;


South Miami Burger

Big Miami Burger

Chicken Cheese Burger

Rodeo Burger

Nacho Burger 

Harga burger antara RM18.90-RM31.90, bergantung korang beli single atau double (yang dihidangkan pada kami semuanya double). Kalau beli dengan set combo, dapat burger termasuk spiral fries atau coselow dan soft drink. Haih, tengok gambar pon dah terliur, kalau depan mata macam mana lah haha.

Burger & Combo Set 

Alhamdulillah dapat jugak merasa burger dari Miami ni. Jangan risau semua bahan yang digunakan dijamin halal yer. Terima kasih kepada Hai Blogger! dan Miami Grill MY kerana menjemput saya merasa hidangan yang sangat sedap ini. InsyaAllah kalau singgah Sunway Pyramid , mesti nak cari Miami Grill ni hehe. Harap masa makan tu, Pitbull pon ada sama hahaha. Korang yang nak datang Miami Grill MY ni, sila cari di Lot LG2, 127 Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Video oleh Kaio Studio


p/s : semua burger nampak sangat sedap. agak-agak mana pilihan korang?

Miami Grill Malaysia Review | Miami Grill Malaysia Promotion Burger | Miami Grill Malaysia Food Review | Miami Grill Malaysia Price | Miami Grill Malaysia Halal

6 comments: