#MovieReview - Terminator Genisys

12:09:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi sains fiksyen, "Terminator Genisys". Filem ini merupakan filem kelima kronologi 'Terminator'. Kutipan filem ini mencecah $251 juta. Jom baca review selanjutnya :)


Download Terminator Genisys 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 8
Tarikh Tonton : 15 Julai 2015 (Rabu)
Masa : 6.10 Petang

Filem ini diarahkan oleh Alan Taylor. Ia direleasekan mulai 1 Julai 2015 (US) dan 2 Julai 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Arnold Schwarzenegger sebagai Guardian/The Terminator
  • Jason Clarke sebagai John Connor/T-3000
  • Emilia Clarke sebagai Sarah Connor
  • Jai Courtney sebagai Kyle Reese
  • Lee Byung-hun sebagai T-1000
  • J. K. Simmons sebagai Detective O'Brien
  • Matt Smith sebagai Alex
Sinopsis Pendek
Filem "Terminator Genisys" mengisahkan pada tahun 2029, John Connor kembali untuk menentang mesin dari SkyNet. Semasa dia hampir berjaya mengalahkan mesin SkyNet, dia menghantar Kyle Reese kembali ke masa lalu (tahun 1984) untuk menyelamatkan hidup ibunya, Sarah Connor dan memastikan dia akan wujud. Tetapi sesuatu bakal berlaku luar dari jangkaannya.


Review Sendiri**
Lewat 2 minggu menonton filem ni, tapi nasib baik masih lagi banyak Showtime dekat Panggung Wayang. Dulu pernah la tengok siri Terminator ni, tapi dah lupa pulak jalan ceritanya. haha Bila dengar nama Terminator mesti terus ingat Arnold Schwarzenegger kan? Kali ini Terminator kembali dan ia lebih awesome!  Kalau orang jahat dalam filem ni memang liat betul nak kalah geram sungguh! Jalan cerita dia saya suka sebab dia kembali ke masa lalu dan yang tak berapa bestnya ia menukar jalan cerita asalnya. Ada juga scene yang buat korang gelak-gelak anak . Untuk pengetahuan korang, filem ni akan ada 2 sekual / sambungan yang akan di-release-kan pada 2017 dan 2018.

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.4 / 5 bintang.


Terminator Genisys 2015 Download | Terminator Genisys 2015 Subtitle | Terminator Genisys 2015 Synopsis | Terminator Genisys 2015 Review

2 comments:

  1. Sejak dulu orang jahat dalam terminator nyawanya liat sangat kan... Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. ahahhaa geram rasanya hahaa

      Delete