#MovieReview "Poltergiest"

13:21:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem seram, "Poltergiest". Filem ini merupakan filem 'remake' (dihasilkan semula) dari filem tahun 1982 dengan nama yang sama. Kutipan dia not bad, mencecah $73 juta. Jom baca review selanjutnya :)


Download "Poltergiest 2015"

Tempat : GSC Nu Sentral
Hall : 2
Tarikh Tonton : 4 Julai 2015 (Sabtu)
Masa : 1.50 Petang

Filem ini diarahkan oleh Gil Kenan. Ia direleasekan mulai 22 Mei 2015 (US) dan 18 Jun 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Sam Rockwell sebagai Eric Bowen
  • Rosemarie DeWitt sebagai Amy Bowen
  • Jared Harris sebagai Carrigan Burke
  • Jane Adams sebagai Dr. Brooke Powell
  • Saxon Sharbino sebagai Kendra Bowen
  • Kyle Catlett sebagai Griffin Bowen
  • Kennedi Clements sebagai Madison Bowen
  • Nicholas Braun sebagai Boyd
  • Susan Heyward sebagai Sophie
  • Soma Bhatia sebagai Lauren
Sinopsis Pendek
Filem "Poltergiest" mengisahkan tentang keluarga Bowen yang baru sahaja berpindah ke pinggir bandar. Rumah yang mereka diami itu telah dihantui oleh kuasa-kuasa jahat. Mereka sering diganggu dan anak perempuan mereka,  Madison telah di sorokkan oleh kuasa jahat  tersebut. Keluarga Bowen harus bersatu untuk menyelamatkan Madison sebelum anak bongsu keluarga itu hilang buat selamanya.


Review Sendiri**
Lepas tengok filem ni, baru tahu yang ia adalah re-make dari filem tahun 1982. Jalan ceritanya okay sahaja tapi agak lambat sedikit sehingga korang rasa nak lelap mata. haha Hantunya tak berapa nak seram seperti Insidious atau Mama sebab nampak sangat CGI-nya. haha Semestinya filem ni banyak scene yang buat korang terkejut. Lagi-lagi part patung badut tu, terjerit jugak tengok. hahaha. Kadang-kadang korang akan rasa hantu tu sangat 'over'. Untuk layan-layan je okay kot. haha

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.


Poltergiest 2015 Download | Poltergiest 2015 Subtitle | Poltergiest 2015 Synopsis

2 comments:

  1. tengok trailer macam best dan rasa macam nak tonton juga nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat wayang mcm dah tak banyak dah timenya,
      sila tunggu download ya :D

      Delete