#MovieReview "The Divergent Series : Insurgent"

14:00:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review sambungan dari filem Divergent (2014)"Insurgent". Apakah kesinambungan dari filem pertama dulu? Lebih menarik atau sebaliknya? Jom baca review selanjutnya :)



Download The Divergent Series : Insurgent

Tempat : Mid Valley
Hall : Hall 13
Tarikh Tonton : 20 Mac 2015 (Jumaat)
Masa : 7.40 Malam

Filem ini diarahkan oleh Robert Schwentke . Ia direleasekan mulai 20 Mac 2015 (US) dan 19 Mac 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :

  • Shailene Woodley sebagai Beatrice "Tris" Prior
  • Theo James sebagai Tobias "Four" Eaton
  • Kate Winslet sebagai Jeanine Matthews
  • Naomi Watts sebagai Evelyn Johnson-Eaton
  • Octavia Spencer sebagai Johanna Reyes
  • Jai Courtney sebagai Eric Coulter
  • Ray Stevenson sebagai Marcus Eaton
  • Zoë Kravitz sebagai Christina
  • Miles Teller sebagai Peter Hayes
  • Ansel Elgort sebagai Caleb Prior
  • dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem "Insurgent" mengisahkan Tris, Four, Caleb dan Peter melarikan diri pihak Dauntless atas arahan Erudite. Mereka kini berlindung dekat perkampungan Amity sebelum memikirkan langkah seterusnya. Tetapi atas arahan, pihak Dauntless telah menggempur perkampungan itu dan berjaya mengesan mereka. Adakah mereka berjaya melarikan diri? Jangan lupa menonton dipawagam :)

Poster "The Divergent Series : Insurgent" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Filem ni semestinya ada dalam list untuk ditonton untuk tahun 2015. Selepas menonton filem ni, saya rasa jalan ceritanya boleh tahan menarik jugak. Terkejut jugak si Jeanine ni hidup balik. haha Adakala rasanya sedikit bosan menonton tapi nak dekat-dekat hujung semakin mencabar dan menarik, lebih lagi masa Tris cuba nak bukak kotak tu, kene lalui 5 ujian. Ujian tu pon berkaitan 5 elemen : Abnegation (tak pentingkan diri), Amity (keamanan), Candor (kejujuran), Erudite (kepintaran) and Dauntless (berani). Kesemua ujian tu sangat hebat, tak semua orang boleh lepas okey. Ada beberapa aksi yang menarik korang untuk tengok tapi bagi saya sedikit kurang ketika menonton filem ini. Mungkin sebab jalan ceritanya kot. hmm Ada jugak babak yang korang tak sangka akan berlaku. btw, sambungan Insurgent ini akan diteruskan untuk filem ketiga "Allegiant" yang dibahagi kepada dua bahagian filem ; Part 1 (18 Mac 2016) & Part 2 (24 Mac 2017).


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Kurang mengancam tapi ending yang selamat. Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.


4 comments:

  1. nampak macam best, nak kena tengok nanti ni. huhu

    https://sasteradanmelayu.wordpress.com/2015/04/02/doa-untuk-mengelak-masalah-rupa/

    ReplyDelete