#SiarSiar : Sunway Lagoon 15/2 (Bahagian 2)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sambungan entri #siarsiar yang lepas. Banyak sangat ceritanya sampai ada bahagian 2 hehe Jom baca kisah selanjutnya. :)


Selepas seronok bermain air, jom kita redah pulak "Amusement Park". Tapi sebelum tu kitorang masuk dulu dekat "Scream Park". Seram atau tak seram semestinya korang kene masuk. Sebelum saya masuk, pernah tengok kat YouTube laluan nya , so takdelah seram sangat. hahah Dah la masa dalam tu jadi orang last berjalan, sampai zombie plak ikut. ahhahaa Tips masuk Scream Park Sunway Lagoon ni senang je (bagi orang yang nak terkejut & takut), make sure korang duduk tengah-tengah sebab selalunya dia akan menghantui orang duduk tengah ni, hahaha Dalam rumah hantu tersebut ada beberapa bahagian macam Zombie, Pontianak, World War Z, Rumah Hantu in 3D & Penanggal. Korang akan ada dalam tu around 15-20 minit. Bahagian last sekali, saya lupa ada sesuatu . Memang terkejut habiss. Haa kalau nak tahu ada apa? Mai lerr.. haha


Lepas tu kitorang cuba pulak "Lost City of Gold Scream Coaster" (Roller Coaster). Sebelum mula, boleh pulak tempat pegang tu terbukak tutup 4 kali, risau betul. Bila ditanya pekerja, dia jawab "dah 30tahun dah roller coaster, takde pape terjadi" lalu saya redha dan terus main. Nasibla masa main okey la benda tu, Hahaha tapi kecewa sikit sebab sekejap sangat. *turun dengan muka kecewa* 


Seterusnya try "Cleopatra" plak, kat sini tiada had umur yer, anak kecik pon boleh je masuk. hee Dia macam rumah hantu jugak tapi kurang seram. Masa masuk tu memang gelap sikit, pastu sampai sesat tak jumpa jalan ahahaa sampailah satu tempat kitorang dipaksa tangkap gambar hahaha dan dah habiss..lepas tu main la pulak "Vultures" dan "Wagoon Wheels" (sebenarnya nak habiskan masa yang ada). haha 


Rasa macam dah penat bermain, jadi kitorang singgah dekat "Wildlife Park", tengok ada singa putih dan macam-macam haiwan lain yang ada dekat situ. Semuanya comel-comel belaka okey. hehe Haaa serius seronok masuk Sunway Lagoon untuk pertama kalinya, dari 10.00 pagi sampai 6.00 petang dalam tu, memang layan semua. haha Terima kasih Ara & Bazli serta keluarga saya sebab bawak saya kesini, sorry gambar keluarga takde sebab banyak join Ara & Bazli. haha Saya tinggalkan korang dengan beberapa moment kitorang : 


























Post a Comment

6 Comments

Mek Onie said…
kunci loker kome simpan mana? best ahhh! jom p dgn akak lak,haha
Rafzan Tomomi said…
kak, kunci loker tu ade dekat gelang tu gak, dia xpakai kunci pon. jom laaa nanti ajak halim, kak ayu, kak iday semua hahaha :D
..cik hana.. said…
bestnya dapat pi sana....betul ke x seram kat scream park tu? tengok hantu2 tu pun dah meremang bulu roma ni...kehkeh :)
Rafzan Tomomi said…
best! best! seram ohhh... hahahaa kene pergi sana baru tahu seram ke tak? hahaa
ZueZulaikha said…
bestnya!! Zue tak pernah lagi jejak kaki kat Sunway Lagoon.. huhu
serius nak kena pergi jugak satu hari nanti!
btw, Zue nominate bro Rafzan dalam Liebster award, kalau free, jemputlah jawab soalan yang Zue tanya tu ye..
http://melaedah.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html
Thank you!! ^_^v
Rafzan Tomomi said…
hee kene pergi tau. hee terima kasih ya :)