#SiarSiar : KGB, Mid Valley

21:18:00 Rafzan Tomomi 1 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Jumaat lepas, saya, Nadia & Fuzz saje lepak dalam lama tak jumpa, diorang pulak tahu tempat ni. Jadi segmen #SiarSiar kali ni nak cerita pasal makan dekat KGB (Killer Gourmet Burger) dekat Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.


Ini pertama kali datang sini memang sangat teruja dengan burgernya. Fuzz dengan Nadia pernah datang sini , diorang kata memang sedap dan burger dia besar-besar belaka. hahah Harga pon sangat berpatutan dalam RM12.90-RM21.90. Kelebihan disini selain dari burger ada jugak jual 'Fried', banyak potionnya dan sangat besar kentangnya, kami cuba makan 'Fried Seoul' dengan harga RM15.90 (dalam gambar), masing-masing makan burger jugak, Nadia & Fuzz makan 'The Shack' dengan harga RM12.90 dan saya pulak makan 'KGB Spiked' dengan harga RM15.90. Kat sini jugak terkenal dengan Milkshakes tapi saya tak order, tapi saya gedik order 'Honey Lemon' dengan harga RM5.90. Alhamdulillah sangat kenyang, dan lama jugak lepak borak sana. So saya cadangkan jom ler mai sini, kalau tak tahu nak makan mana. :) Next time datang nak cuba Milkshake dan burger lain pulak. hehe Haa terlupa nak mention, KGB ni ada jugak dekat Bangsar (actually kat Bangsar 1st branch diorang) hee Happy Eating!






More info kat FB diorang KGB Bangsar atau visit ig : kgbbangsar.

(^___^)v

1 comment: