#SiarSiar : Alive 3D Art Gallery, Port Dickson 13/12

11:27:00 Rafzan Tomomi 4 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Korang tahu tak ada sebuah 3D Art Gallery ada bukak dekat Port Dickson? Dah 2 bulan rasanya tempat tu beroperasi. Nak ceritalah, minggu lepas (Sabtu, 13 Disember 2014) saya, Ara dan Bazli jalan-jalan dekat area Seremban. Saje nak bawak Bazli jenjalan Seremban. Sempat jugak singgah dekat 3D Art Gallery tu. Jom baca kisah selanjutnya. :)



"You can touch, hug, interact with the art pieces, blending in with the scenery through (trick) of the eyes" katenyee.. 'ALIVE 3D ART GALLERY' dibuka setiap Isnin - Jumaat 11 pagi - 11 malam & Sabtu - Ahad & Cuti Sekolah 10 pagi - 11 malam Bayaran masuk ialah RM15 (Dewasa) & RM10 (Kanak-Kanak & Warga Emas). Kire ni tarikan pelancong jugaklah, atleast datang Port Dickson boleh la korang singgah sini sebelum nak picnic dekat tepi pantai tu. Ada 3 tingkat dan kitorang sampai letih jugaklah hahaha Tapi seronok okey. Kalau korang datang tak ramai, takpe jangan risau boleh mintak tolong dengan pekerja tangkapkan gambar. Jom tengok beberapa gambar yang kami sempat tangkap :



















ALIVE 3D ART GALLERY
No38-40, Jalan DS 2/1,
Bandae Dataran Segar,
71010 Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook :

Nombor Telefon Alive 3D Art Gallery :
066515400

Waktu Beroperasi Alive 3D Art Gallery:
Isnin - Jumaat 11 pagi - 11 malam
Sabtu - Ahad & Cuti Sekolah 10 pagi - 11 malam

[Bonus Story] Seremban pulak!


Lepas penat bergambar kitorang semua pergi la carik tempat makan, mula-mula rasa nak makan mekdi tapi mase tu belum pukul 12.00 tengah hari lagi (sebok mengejar Mc Value Meal tu) pastu saje-saje la singgah dekat Cool Blog, sekali nampak kedai Papparich, selalu nampak tapi tak pernah pulak pergi makan sana. Jadi kitorang pon mencubalahh. Not bad makanan-makanan dia. *gambar tak sempat ditangkap sebab semua lapar* . Lepas makan kitorang pulang ke Seremban semula, jenjalan sana pulak. Sementara tunggu wayang pukul 4.10 petang, kitorang singgah kat Mydin sekejap. Saje-saje jalan sana, sempat daftar SPR lagi okey! haha Lepas tu bergambar dengan maskot ape tah, belasah je. hahaa


Kitorang pon gerak ke Aeon Seremban 2, sebab wayang nak dekat dah. Laa sekali sampai awal la pulak, kitorang pon jalan-jalan la dalam Aeon tu, macam biasa cari port untuk bergambar hahahaa Kitorang pergi tempat kanak-kanak yang ada game tu, pastu masuk dekat photobooth yang gambar comel tu, haa memang seronok la bergambar dalam tu. Lepas bergambar semua, terus pergi TGV , beli popcorn dan air, terus masuk. Memang excited sebenarnya nak tengok filem "Manisnya Cinta Di Coppadoccia" sebab ade Fazura & Lisa Surihani belakon uols! haaa (BACA REVIEW "Manisnya Cinta Di Coppadoccia" dekat sini.), lepas wayang lepak pulak nak coffee-coffee sekali pergi mekdi makan aiskrim sajer. hahaa Lepastu Ara hantar kitorang kat KTM Seremban dan alhamdulillah selamat pulang. hee Terima kasih kepada Ara sebab bawak kitorang berjalan sana sini, memang sangat seronok walaupun dia tengah busy-busy tu, hee Kau bagus weh! haha Jom tengok beberapa gambar yang sempat dirakam :










^__^
Photo by Ara Kimora, Bazli & Nazrul Rahimi (I-phone beliau)
Edit by Rafzan Tomomi

4 comments:

  1. Wah bestnya btw snap pic guna camera apa ye

    ReplyDelete
  2. @budakbandunglaici : hee best best. guna Iphone 5s kawan punya haha

    ReplyDelete
  3. @cik karmila : hee yeke? terima kasih :)

    ReplyDelete