Movie Review "Manisnya Cinta Di Cappadoccia"

22:35:00 Rafzan Tomomi 8 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri kali ini nak review sikit pasal filem melayu "Manisnya Cinta Di Cappadoccia". Haa jarang-jarang review filem melayu ni, kalau ade ni memang filem tu bertuah. haha Jom baca review yang ringkas dari saya. :)



Tempat : TGV Aeon Seremban 2
Hall : Hall 3
Tarikh Tonton : 13 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 4.10 Petang

Filem ini diarahkan oleh Bernard Chauly dan direleasekan mulai 11 Disember 2014 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem romantik komedi ini mengisahkan Ifti (lakonan Fazura) yang susah nak percayakan lelaki selepas kekasih pilihan keluarganya ada orang lain, jadi Ifti mengundurkan diri dan terlepas dari kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dia tu. Selepas itu, Ifti tak mudah percaya pada cinta. Ifti pon berkenalan dengan Nazmi (lakonan Shaheizy Sam) , dan setiap kali Ifti kemana sahaja mesti akan bertembung sampai la Ifti dekat Turki. Haa masa kat Cappadoccia la berlaku sesuatu yang sweet antara mereka berdua. Nak tahu ? Kenelah tengok .:P Like page Manisnya Cinta Di Cappadoccia!

Review Sendiri
Selepas filem "Pisau Cukur" & "Istanbul Aku Datang!" Bernard Chauly kembali dengan filem favourite saya seterusnya "Manisnya Cinta Di Cappadoccia"! Selepas tengok trailer yang diorang releasekan Ogos lepas, memang dah masuk list nak tengok wayang. Lagi-lagi tengok Fazura & Lisa berlakon, gile tak pergi tengok? hahaha Jalan cerita dia sangat menarik dan banyak scene kelakar. Ada beberapa babak dalam filem ni macam kene je dekat saya , hahahaa (pernah lalui mungkin). Most memorable dialogue dalam filem ni ialah "Ahhh! Aku Sunyi" (Ifti Jerit). haha Scene yang sangat-sangat saya suka masa naik belon panas tu, come on! saya nak naik jugakkk! Grafik dan shot dalam filem ni memang cantik dan comel gitu. Kalau perasan, si Nazmi ni suka sangat pandang Ifti dekat-dekat , macam nak makan! hahaha btw, mereka nampak comel dan sweet. Bercadang nak tengok lagi ni. Jom terjah wayang-wayang berhampiran. :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.8 / 5 bintang.

^__^

8 comments:

  1. Maigadd! Finally.. patut dulu yg blakon istanbul aku dtg tu fazura.. tp pasal ape ntah die x boleh blakon..dapat jugak bernard grab fazura kan

    ReplyDelete
  2. hmmm cerita cinta yg happy ending yer... boleh juga nih...

    ReplyDelete
  3. ohhhhmmyyygggooodddd semua ckp cite ni full of sugar.. nak kene gi tgk ni baru boleh senyum2 simpul dlm panggung tu ehehehehehe :)

    ReplyDelete
  4. @Najib Ariyan : yuppp. happy ending & dapat kereta comell. ;D

    ReplyDelete
  5. @husna yusof : ommmggggg! memang full of sugar, sampai kencing manis! hahaha *joking* you kene pergi tengok sebab saya pon ada senyum2 simpul jugak hahaha

    ReplyDelete