Movie Review "Penguins of Madagascar"

09:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri kali ini nak review sikit pasal filem animasi omputeh "Penguins of Madagascar". As we know, Penguins ini dari siri filem animasi "Madagascar", kali ni fokus kepada diorang ni saje. hehe Jom baca review yang ringkas dari saya. :)




Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : Hall 3
Tarikh Tonton : 28 November 2014 (Jumaat)
Masa : 7.40 Malam


Filem ini diarahkan oleh Simon J. Smith & Eric Damell dan direleasekan mulai 27 November 2014 (Malaysia) & 26 November 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas ditayangkan sebanyak $99.8 Juta (99.8 Juta Dollar). Durasi filem ni ialah 92 minit (1 Jam 32 Minit). Filem ini menampilkan pelakon suara seperti Tom McGrath sebagai Skipper, Chris Miller sebagai Kowalski, Conrad Vernon sebagai Rico, Christopher Knights sebagai Private, Benedict Cumberbatch sebagai Classified, John Malkovich sebagai Dave dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem "Penguins of Madagascar" mengisahkan empat ekor Penguin; Skipper, Kowalski, Rico dan Private akan menentang Dr. Octavius Brine/Dave yang berniat melenyapkan spesis mereka. Penguins bersama agen rahsia bernama Classified dari North Wind, ingin menghalang niat jahat Dr. Octavius/Dave. Walaubagaimanapun, pelbagai cabaran yang harus ditempuh oleh Penguins untuk misi ini. Apakah yang terjadi? Kenapa Dave ni marah sangat dengan penguin ni? Mampukah 4 penguin dapat selamatkan spesis mereka?

Review
Filem ni takde pon dalam list untuk ditonton. hahaa Tapi selepas menonton ia sangat merubah persepsi saya terhadap filem "Madagascar". Filem ni semestinya kelakar dan banyak aksi! 2 kali okey pergi tengok wayang tengok cerita ni. aahaha Banyak scene yang akan buat korang gelak terbahak-bahak. Mostly kene pulak dengan jiwa saya yang mengarut-ngarut. Memang ada beberapa scene unexpected tapi selebihnya memang sangat lawak. Sebelum ni pernah jugak layan "Madagascar 3" tapi mase tengok , tak suka penguin tu, macam annoying! hahaha tapi filem ni bagus sebab tunjuk siapa diorang sebenarnya. Jom le terjah wayang ramai-ramai. :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang. Thumbs up for funny scene!

^__^

0 comments: