#SiarSiar : Cameron Higlands 8/11 ~ 9/11

09:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. #Siarsiar kali ni nak bawak korang jalan-jalan dekat Cameron Highlands yang saya dan keluarga bertandang ke sana pada 8 & 9 November 2014. Walaupun terdapat beberapa halangan nak kesana tapi alhamdulillah dapat jugak jejak kaki disana dengan IzinNya. Jom baca kisah selanjutnya. ^__^





Sabtu, 8 November 2014
Malam sebelumnya Jumaat, 7 November 2014, satu family (kecuali ayah) tidur dekat rumah Abang Iju dekat Bukit Jalil. Malam tu saya tak berapa sihat dan masih gigih nak jugak ikut pergi Cameron Highlands. Keesokan harinya. Sabtu, 8 November 2014 masih lagi dalam keadaan kurang sihat. Kebetulan pagi tu dah hujan lebat pulak. Sebelum pukul 9, kitorang semua bertolak ke rumah Mak Teh dulu. Selepas beberapa jam lepak rumah Mak Teh, dalam pukul 10 lebih barulah bertolak ke Cameron Highlands dengan 3 buah kereta.


Perjalanan ambil masa 3 jam jugaklah, sebab ikut dari Simpang Pulai (sebab jalan dekat Tapah bahaya, banyak tanah runtuh). Kitorang bergerak slow mase nak naik ke Cameron tu, sebab hujan. Sampai dekat puncak tu, kabus sangat tebal pulak, dan kebetulan ada renovate jalan pulak mase tu, so trafik bergerak perlahan je. Alhamdulillah, jam 3 petang macamtu sampai jugak dekat Cameron Highlands. Masa sampai sana, hujan selebat-lebatnya. Kitorang dah book homestay siap-siap. Lepas tu terus la menuju ke rumah nak bermalam tu. Bukak je pintu kereta, fuh~~ memang sejuk. Menggigil-gigil pulak hahaa Semua naik atas sekejap dan letak barang. Memasing dah kelaparan, so pergilah makan dekat kedai berdekatan.


Lepas makan, kitorang pergi pasar malam pulak. Walaupun mase tu tengah hujan renyai, tapi memasing still gagah nak jalan-jalan. Besarlah jugak pasar malam tu, tapi tak beli banyak sangat pon sebab tak tahu nak beli apa. Banyak beli makan untuk malam tu je macam Strawberi, coklat, marshmellow, murtabak, roti dan macam-macam lagi. Pastu semua membazir dengan membeli topi haiwan hahaha Ini kelakar. Semua orang kat sana pandang je, ade yang senyum ada yang gelak. aahaha Lepas tu balik memasing bergambar sekejap dengan topi tu, lepas tu memasing buat aktiviti memasing. haha Saya pulak malam tu pening kepala, jadi terus masuk tidur. haha *sabar je la~~*


Ahad, 9 November 2014
Keesokan harinya, awal jugak saya bangun. Lepas bangun terus mandi. Air dia memanglah sejuk yang teramat! hahaa Nasiblah homestay tu ada air panas, mandilah dengan aman sikit, walaupun suasana masih sejuk. brrr.. ahhaa Hari Ahad tu nak carik tempat nak petik Strawberi, jalan-jalan sekitar Cameron Highlands. Dalam pukul 10 lebih, kitorang checkout dan pergi carik tempat makan.


Selepas selesai makan, cari-cari barang dekat pasar pagi tu. Bukan beli ape pon, beli baju sejuk dan jalan-jalan je. haha Lepas tu, kitorang nak carik la tempat petik strawberi, tapi tak jumpa plak. Balik tu kitorang ikut Tapah, pastu berhenti jap dekat ladang teh. Lepas tu baru jumpa tempat petik Strawberi, Bee Farm namanya. Seronok nengok si Umairah & Qaisarah petik strawberi. :) Dalam perjalanan balik tu, memang tanah runtuh sana-sini, tapi Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak pulang. Okeylah jom nengok beberapa moments yang sempat dirakam disana :





















































Seronok sangat dekat sana walaupun tak berapa sihat. InsyaAllah next time kesana, dalam keadaan sihat walafiat. haha Okeylah sampai disini entri kali ini, thanks to Abadik, keluarga saya dan keluarga Mak Teh, seronok berjalan. Juga terima kasih kepada Homestay Apartment Muslim Brinchang :) Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

0 comments: