#MovieReview "The Maze Runner"

14:30:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Entri kali ini nak review sikit pasal filem omputeh "The Maze Runner"Filem ni mula ditayangkan di Malaysia pada 11 September 2014 (Khamis). Dah bersedia untuk membaca? Let's go! hehe

gambar : google je.

Tempat : GSC Mid Valley Megamall
Hall : 4
Tarikh : 11 Ogos 2014
Masa : 7.10 Malam

Filem ini diarahkan oleh Josh Bonne dan direleasekan mulai 11 September 2014 (Malaysia/Singapore) & 19 September 2014 (US). Mengikut wikipedia, kutipan terkini selepas ditayangkan sebanyak 8.3 Juta Dollar (tak kira kutipan dari Us lagi). Durasi filem ni ialah 113 minit (1 Jam 53 Minit). Filem ini menampilkan pelakon seperti Dylan O'Brien sebagai Thomas, Thomas Brodie-Sangster sebagai Newt, Kaya Scodelario sebagai Teresa Agnes, Will Poulter sebagai Gally, Ki Hong Lee sebagai Minho, Blake Cooper sebagai Chuck dan ramai lagi.


Filem yang based on novel ni sememangnya awesome! Rasenya hari pertama ditayangkan tu memang dah trending dekat Twitter. Pada mulanya, I have no idea jalan cerita dia macam mana, macam sesuatu baru , lepas tengok sangat-sangat best! Masa tengok haruslah tertanya-tanya sampai saya ganggu abang saya tanya macam-macam soalan kat dia. hahaa *gomennasai* Persoalannya semestinya kenapa diorang kene ada dekat situ? macam mana boleh ada dekat situ? Kenapa laluan 'maze' tu perlu ada? Kalau nak tahu, silalah menonton dekat wayang berdekatan eh? :) Sebab dia dari novel, nanti ada sambungan dia dengan judul "The Scorch Trials".

Rate : 4.8/5 Bintang!



0 comments: