ULSER MULUT

00:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera untuk semua. Apa khabar? Dah beberapa hari tak update. Tapi jangan risau, saya akan update 5 benda dalam masa 5 hari berturut-turut. Post pertama ini nak cerita pasal Ulser Mulut. Now, saya dah kena ulser mulut. -.-" dah seminggu jugak la. Masa mula-mula kena tu memang susah nak makan dan merosakkan mood. haha Okeylah saya ada buat research sikit pasal Ulser Mulut ni (ala kopipes je..). At least berguna jugak nanti kan. hee

Punca Ulser Mulut

Basically, ulser mulut ni terjadi sebab cuaca sekeliling yang terlalu panas dan kurangnya air masak. Tapi secara saintiknya (menurut blog ini) ada sebab lain. Nak tahu sebabnya? 

  • kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, termakan makanan yang tajam atau pun air yang terlalu panas smpai melecur mungkin.
  • kekurangan zat dalam tubuh badan macam zat besi dan acid folic
  • tekanan perasaan
  • imuniti yang lemah
Cara Mencegah Ulser Mulut

Haa. Bak kata orang, "Mencegah sebelum terkena". Jadi marilah mencegah sebelum kena. Tak senang duduk woi hahaha cara nak mencegah (menurut blog ini) :

  • Banyak minum air suam
  • Berehat dan tidur dengan cukup
  • Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.
Cara Merawat Ulser Mulut

Cara merawat ulser ni ada beberapa cara (mengikut blog ini) :

  • Ambil secubit garam dan letakkan di tempat yang kena Ulser tu. Tapi pedih sikit la ye.
  • Letak BONJELA kat tempat yang kena Ulser tu.
  • Ambil sedikit Kapur Makan dan letakkan di tempat yang kena Ulser tu.
  • Minum Air yang bergas dan letakkan di tempat yang kena Ulser tu. biarkan seketika.
Cara pertama dan kedun tu selalu sangat orang suruh buat tapi cara ketiga dengan keempat tu nampak lain sikit. Semoga apa yang dikongsikan ni dapatlah sedikit manfaat untuk korangkan. Mana tahu nanti terkena kan? hahaa. Kalau dah terkena nak buat macam mana kan. haha Harap cepatlah sikit sihat ulser ni. Tak larat. Hurmm Jumpa lagi di entri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye. 

0 comments: