BUKU MERAH

09:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Terima kasih sebab sudi jenguk blog saya ni. Lately, pengunjung blog ni dah menurun, mungkin dah jarang update kot. Okeylah post kedua ni nak story pasal hari rabu hari tu. 


Saya mintak cuti sebab nak buat Pasport. Memang ramai sangat orang. Sebenarnya saya tak tahu la kat mana nak buat pasport. Abang saya bawakla pergi Imigresen kat Wangsa Maju. Sampai situ dalam 10.30 pagi. Memang orang dah ramai sangat. dapat nombor "1307" masa tengok giliran sekarang "1091" mak aihh. Ada 300 orang lagi. Memang sempat jalan-jalan pergi makan semua. Tunggu punya tunggu sampai pukul 2.30 petang baru giliran sampai. hahaha itu baru daftar hantar borang semua. Lepas tu tunggu dalam 15 minit untuk buat pembayaran.


Lepas buat bayaran, kitorang pergi jalan-jalan satu kawasan tu jap. Bosan menunggu. haha Konon nak cari kedai makan, rupanya nak dekat sejam jugak berjalan. Terus kitorang pergi Imigresen balik. Tunggu dalam 15 minit, baru nombor dipanggil. Alhamdulillah dah settle ponnn. hee. Boleh melancong sesuka hati. hee Balik tu lepas kat Wangsa Walk tengok movie cerita "The Croods". Mak pon join tengok sekali. hahaha


Sampai disini saje entri kali ini. So siapa nak buat pasport tu kalau boleh datang awal okey. Nanti jadi macam saya. Tunggu sampai bape jam. hahaha Okeylah Jumpa dientri seterusnya esok. Assalamualaikum & Bye Bye :)

Owl City & Yuna - Shine Your Way

0 comments: