Salam Ramadan 1447H


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Syukur Alhamdulillah, pejam celik sekali lagi kita bertemu lagi dalam bulan yang penuh keberkatan dan kebaikan, bulan Ramadan. Bagaimana persiapan puasa anda tahun ni? Awal-awal puasa mesti ramai diantara kita yang berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Bukan itu sahaja, ada yang ambil kesempatan pulang ke kampung halaman untuk berpuasa bersama yang tersayang.

Senarai Lagu Raya 2026
Senarai Lagu Raya 2026

Tarikh Mula Ramadan 1447H


Untuk pengetahun anda, tarikh mula puasa 1 Ramadan 1447H jatuh pada Khamis, 19 Februari 2026. Ia telah diumumkan secara rasmi pada 17 Februari 2026.

Ucapan Ramadan 1447H

Di kesempatan ini MOMI ingin mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog MOMI tidak kira dimana jua anda berada. MOMI nak minta maaf kepada anda semua sekiranya ada terkasar bahasa atau sebagainya. Semoga Ramadan ini memberi kita hidayah dan petunjuk untuk menjadi lebih baik dan menjadi insan yang lebih mulia. In sha Allah.  Jangan lupa bangun sahur, niat puasa, niat berbuka, bayar zakat, solat tawarikh dan perbanyakkan amal ibadah dibulan yang mulia ini hehe. Jaga diri ya semua.

Niat Puasa

Bulan Ramadan ini, jangan lupa niat puasa tau. Ni ada lafaz niat puasa harian dan puasa sebulan : 

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan 


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan Rumi Niat Puasa Harian : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksud Niat Puasa Harian : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan 


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bacaan Rumi Niat Puasa Sebulan : Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
Maksud Niat Puasa Sebulan : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


Salam Ramadan guys!







Post a Comment

0 Comments