Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda pastinya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari untuk buka puasa untuk tempat kerja. Jawapannya berbuka puasa di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA |
Info Mengenai Bufet Istimewa 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Bufet Ramadan 2026 Sepang di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA ini bermula pada 23 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Pesona Selera Ramadan' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang.
Senarai Hidangan Bufet Istimewa 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Pelbagai pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA terdiri daripada masakan tempatan dan antarabangsa. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti Kambing Golek, Nasi bersama lauk pauk seperti Ghaso Minang Kabau Tokonang Juo, Salmon Head Asam Pedas, Masak Lemak Telur Itik, Keladi Masak Asam Tempoyak, Daging Masak Hitam Bandar Di Raja dan Gulai Tulang Rusuk Kambing.
Selain itu, anda juga bakal menikmati pelbagai hidangan di stall dibahagian luar seperti Laksa Station (Nyonya Laksa, Asam Laksa & Laksa Johor), Yong Tau Fu, Bobby Smashy Burger, Nasi Dalca Stoner, Roti Aniq (Murtabak Ayam & Daging), Vietnamese Roll. Nasi Lemak Kukus Tong Kayu, Rojak Pesembor Anak Mami, Ikan Bakar Selat Teberau, Takoyaki TTDI, Nasi Yemen Hadramawt, Cucur Udang dan banyak lagi hidangan yang pastinya terbaik untuk anda.
Pelbagai jenis pencuci mulut yang anda boleh nikmati seperti Ais Sagat Batu, seleksi kek, kuih muih melayu, Pudding, Tart, buah-buahan dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat bufet Ramadan di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Harga Bufet Istimewa 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Bufet Ramadan Di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 23 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA adalah seperti berikut :
Harga Bufet
- Dewasa - RM158+
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM110+
- Kanak-Kanak (7-12 Tahun) - RM85+
Harga Promosi
Dapatkan baucar early bird Bufet Ramadan 2026 sempena bulan Ramadan dari sekarang hingga 16 Februari 2026 :
- Dewasa - RM125+
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM110+
- Kanak-Kanak (7-12 Tahun) - RM78+
Alamat Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Berikut adalah alamat Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA :
Kompleks TH Sepang,
Jalan Masjid Klia,
64000 Sepang, Selangor
Untuk Tempahan Bufet Ramadan 2026 - Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, sila hubungi +60102205812 atau +60386618661
Carian : Bufet Ramadan 2026, Buffet Ramadhan 2026, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan KLIA 2026, Buffet Ramadhan Sepang 2026, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2026


0 Comments