Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda pasitnya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari early bird untuk buka puasa untuk tempat kerja. Jawapannya berbuka puasa di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Info Mengenai Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Bufet Ramadan Kuala Lumpur di Aras 2 Legar, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) ini bermula dari 20 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Laman Tradisi' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang.
Baca Juga > Senarai Bufet Ramadan 2026
Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Lebih 200 pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti Kambing Panggang, Nasi Kandar Saddam, Nasi Mandy & Kunafa hasil kolaborasi bersama Mandy Al Yemen. Selain itu, anda juga bakal menikmati pelbagai hidangan di stall istimewa seperti Apam Balik, Roti Canai, Roti Telur, Nasi Ayam, Aneka Sup dan Bubur, Goreng-gorengan dan banyak lagi hidangan yang pastinya terbaik untuk anda.
Pelbagai jenis pencuci mulut yang anda boleh nikmati seperti Ais Kacang, seleksi bubur manis, seleksi kek, kuih muih melayu, Pudding, buah-buahan dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di World Trade Centre Kuala Lumpur.
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Harga Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Bufet Ramadan Di Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 20 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Seri World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) adalah seperti berikut :
Harga Bufet
- Dewasa - RM138 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM85 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM85 nett
Harga Early Bird (Masa Terhad)
Dapatkan baucar early bird bufet ramadan 2026 sempena bulan Ramadan dari sekarang hingga sementara masih ada :
Harga Promosi & Lain-Lain
Harga Flash Deal serendah RM100 khas untuk pengikut media sosial WTCKL (pada hari hari tertentu). Lengkap dengan ruang solat terawih dan parkir rata RM6 (selepas 5 petang). Selain itu, WTCKL menawarkan mangkuk tingkat (tiffin) edisi terhad saiz 16cm (RM79) dan 12cm (RM59), serta bekas bento besar (RM59) dan kecil (RM45) bagi membolehkan tetamu membawa pulang lebihan makanan selepas berbuka puasa.
 |
| Bufet Ramadan 2026 - World Trade Centre Kuala Lumpur |
Alamat World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Berikut adalah alamat World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) :
41, Jalan Tun Ismail,
Chow Kit,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), sila hubungi 03 2614 6701 atau 03 2614 6702, atau WhatsApp ke 019 267 8960. Pembelian juga boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi:
riverside.wtckl.com.
Carian : Bufet Ramadan 2026, Buffet Ramadhan 2026, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2026, Buffet Ramadhan Bukit Bintang 2026, Buffet Ramadhan Hotel 2026, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2026
0 Comments